Resepi Pasta Bakar


Bahan-bahan 
(hidangan untuk 5 atau 6 orang)  :

250 g pasta (makaroni, rigatoni atau chifferi)

300 g daging cincang

2 ulas bawang putih – dicincang halus

1 ulas bawang merah – dicincang halus

1 biji lobak merah – dipotong dadu

1 batang seleri – dipotong dadu

250 g tomato puri

250 g sos tomato

Garam dan lada hitam

Minyak untuk menumis

Mozzarella cheese

1 biji telur

 
Cara-cara
  • Rebus pasta sehingga masak, kemudian toskan. Gaul pasta dengan sedikit butter atau minyak.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, lobak merah dan seleri. Goreng sehingga daging masak.
  • Masukkan tomato puri, sos tomato, lada hitam dan garam secukup rasa.
  • Masukkan pasta dan kacau hingga sekata. Tutup api dan biarkan seketika. Masukkan pasta ke dalam acuan.
  • Pecahkan telur dan kacau hingga sekata. Ratakan telur ke atas pasta.
  • Ratakan mozzarella cheese ke atas pasta.
  • Bakar pasta ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 20-25 minit.
 Hidangkan mengikut cara yang anda inginkan.

Related Posts:

  • Ketupat dan sejarahnya Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain. Ketupat ada disebut dal… Read More
  • Diet Makanan dan Minuman Nabi Muhammad S.A.W Tabiat pemakanan yang baik boleh diteladani dengan mengikuti kaedah yang dipilih oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jika diteliti, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan Al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan jan… Read More
  • Resipi Jemput-jemput Kukus Bergoreng Bahan-bahan : 4 biji tauhu 2 bungkus tauhu telur 1 ketul dada ayam / udang 4 biji telur ayam :  2 untuk dikisar dan 2 ketika proses menggoreng Daun sup potong halus Sedikit cili merah potong halus Bawang goreng, Gar… Read More
  • Restoran dan Kiosk Ramly Burger Dalam kehangatan isu boikot Restoran Makanan segera Mc Donalds, ada lagi agenda yang lebih penting dan dirasakan wajib bagi meneruskan legasi empayar perniagaan milik orang Islam terutamanya orang Melayu.   … Read More
  • Resepi Florentine Cookies Bahan-bahan3 cawan tepung florenta1/2 cawan biji bunga matahari hijau*1/2 cawan biji bunga matahari putih*1/2 cawan kuaci hitam*>>>boleh juga gunakan apa sahaja kekacang yang sesuaiCara Pembuatan : 1.Bakar sekeja… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan