Awet Muda dengan makan Bertih Jagung?


Gandum dan jagung adalah dua jenis makanan yang mengandung polifenol paling tinggi apabila diproses menjadi makanan ringan. Ia dibuktikan oleh seorang profesor kimia dari University of Scranton AS, Joe Vinson  bersama dengan pasukan kaji selidiknya.

Menurut ABCNews, polifenol adalah sejenis antioksidan yang memiliki manfaat penting untuk kesihatan tubuh. Polifenol yang dihasilkan oleh sumber tanaman merupakan antioksidan dengan kadar yang paling tinggi.

Polifenol memiliki sifat anti-inflamasi, dan para ilmuan percaya bahawa polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan penyakit kronik yang lain. Vinson menyatakan bahawa hampir semua jenis makanan berserat dan biji-bijian, merupakan sumber polifenol yang paling tinggi. 


“Pada awalnya, para peneliti berfikir bahawa serat adalah bahan aktif yang terkandung di dalam biji-bijian yang bermanfaat untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung koroner,” kata Vinson.

“Namun kami lalu menemui bahawa polifenol merupakan sumber antioksidan yang lebih tinggi,” terang Vinson dengan lebih lanjut. Vinson dan pasukannya juga membuktikan, gandum mengandung antioksidan yang lebih tinggi (per gram), dibandingkan dengan buah-buahan dan sayuran lainnya. Vinson menemukan ‘popcorn’ sebagai makanan ringan yang memiliki kadar polifenol tertinggi atau sebanyak 2.6% bagi setiap hidangan.

Sementara biskut gandum hanya mengandung polifenol sebanyak 0.45% . Namun kerepek tortilla yang mana bahan asasnya  jagung mengandungi polifenol dengan jumlah yang paling sedikit.
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net