Resipi Cheezy Wedges



Seperti sedia maklum, pencetus makanan segera "potato wedges" serta "cheezy wedges" ni adalah dari restoran yang terkenal, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia iaitu "Kentucky Fried Chicken"  (KFC).

Namun untuk menjimatkan kos terutamanya bagi mereka yang telah berkeluarga, boleh mencuba resipi yang di sediakan dalam artikel ini.


Bahan untuk wedges :
  • Kentang 10bji 
  • Tepung kfc 1/2 cawan 
  • Air rebus kentang


Cara menyediakan kentang wedges :

  • Belah kentang mengikut potongan wedges & basuh sehingga bersih ( Kulit Jangan Buang)
  • Rebus kentang (15mnt)
  • Toskan
  • Hati-hati kentang wedges boleh patah masa ni sebab sudah empuk
  • Biarkan selama 15 minit. Ambil tepung KFC gaulkan kesemua wedges. Panaskan minyak, apabila minyak sudah panas, kecilkan api dan masukkan wedges tersebut.
  • Angkat apabila sudah masak kekuningan.
  • Sos cheese


Bahan-bahan rencah :

  • 2 ½ sudu mentega
  • 2 ½ sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
  • 1 liter susu segar
  • 4 sudu kecil garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 12 keping cheddar cheese (saya guna jenama cheesedale)
  • Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy


Cara penyediaan :

  • Cairkan butter
  • Masukkan tepung gandum, kacau berterusan bagi mengelakkan ia berketul
  • Masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese 
  • Masak hingga mencapai kelikatan yang dikehendaki
  • Letak pewarna kuning telur untuk menaikkan warna cheezy
  • Peringkat awal ia akan nampak cair. Tetapi apabila sudah sejuk sedikit, dia jadi kental.


Related Posts:

  • Kek Kukus Cheese Coklat Bahan A  -1 cawan gula -1 cawan susu cair -1 cawan koko -1/2 cawan susu pekat -1 cawan minyak Campur semua bahan di atas dan dimasak menggunakan api yang sederhana dan kacau sehingga sebati. Kemudian tutup api … Read More
  • Resipi Takoyaki Takoyaki merupakan ringan dari negara Jepun berbentuk bebola yang berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali khas takoyaki. Bahan-bahan : 1 cawan tepung gandum 1 sb tepung jagung 1 1/2 cawan air 2 biji telur… Read More
  • Resipi Pembuatan Belacan Bahan dan cara penyediaan : 1) Ikan, udang kecil atau udang geragau (boleh campur) disiang dan dibersihkan dicampur dengan garam dgn nisbah 20% dan digaul rata. 2) Letakkan adunan bergaram itu ke dalam nyiru dan dirat… Read More
  • Resipi Coleslaw Bahan-bahan : 1 biji kubis potong dadu 1 btg carrot potong dadu 2 sb bawang holland potong dadu ½ cawan mayonis ⅓ cawan gula pasir ¼ cawan susu full cream (dutch lady) ¼ cawan buttermilk 2 ½ sb perahan lemon 1 ½ sb cuka ½… Read More
  • Resipi Kek Kukus Milo Resipi ini adalah ringkas dan mudah untuk dibuat kerana ia menggunakan bahan yang selalunya telah sedia ada di dapur mereka yang berkeluarga. Bahan-bahan - 1 cawan milo - 1 cawan gula - 1 cawan susu pekat manis - 1 c… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan