
Ini merupakan sebuah kisah lama sekitar tahun 2014, yang mungkin ada antara kita terlepas pandang atau tidak mengetahuinya...
 Ibrahim Soboh dari Gaza telah membina sebuah loji berteknologi  tinggi dengan hanya menggunakan peralatan asas untuk menukar plastik kepada minyak petrol. Beliau mengambil masa hanya 7 bulan untuk menyiapkan kilang mini beliau.
 Pengepungan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kesusahan dan 
kesengsaraan kepada lebih 1.8 juta penduduknya dan sumber utama yang 
terjejas adalah minyak petrol. Kesempitan ini membawa kepada beberapa 
idea kreatif dari mereka sebelum ini dan ini adalah tekonologi terbaru 
yang dihasilkan.


 Ibrahim Soboh enggan mendedahkan rahsia 
ciptaannya tetapi berkata idea itu datang apabila beliau mengetahui 
bahawa plastik dibuat dari bahan api dan hasil buangan di Gaza yang 
utama adalah plastik.
 Menurut beliau lagi, setiap 1.5 kilogram 
plastik akan memberikan satu liter bahan api dan hasil ini dapat 
digunakan untuk menjana elektrik, kereta dan mesin-mesin yang lain. 
Beliau juga sedang mencari penderma untuk mendirikan kilang yang lebih 
besar dan percaya bahawa teknologi ini dapat menyelesaikan 2 masalah 
utama iaitu menggalakkan kitar semula dan membantu krisis bahan api di 
Gaza.











 
 
 

 
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

