Pelancaran Pusat ICT Mara ( MARA Digital )



KEWUJUDAN Mara Digital bukanlah untuk menandingi mana-mana pusat perniagaan ICT, namun ia dilihat sebagai alternatif kepada pengguna dan membuka ruang khususnya kepada usahawan Bumiputera.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mara Digital adalah projek perintis Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk membuktikan usahawan Bumiputera boleh berjaya jika diberi ruang dan peluang.

"Digital Mara sama seperti pusat perniagaan ICT yang lain. Mereka menjual get dan aksesori yang sama.
"Cuma, ini sebagai pilihan sahaja. Kalau ada rasa selesa nak beli di tempat lain, silakan. Jika mahu membeli di sini, pun tak ada masalah. Inilah yang dikatakan bersaing secara sihat," katanya selepas merasmikan Mara Digital, di Menara Mara Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, walaupun ada segelintir pihak menggambarkan pusat itu hanya mampu bertahan selama tiga bulan, namun beliau beri jaminan ia akan berterusan, malah akan buka cawangan sama di tempat lain pula.
"Kita jangan dengar cakap-cakap Mara tidak mampu bertahan. Anggap ini sebagai cabaran untuk terus maju. Saya yakin dengan apa yang Mara lakukan hari ini, akan melahirkan lebih ramai usahawan dari kalangan Bumiputera khususnya dalam bidang ICT ini.

"Saya anggap projek ini sebagai permulaan. Selepas ini, kita akan buka lagi Digital Mall di negeri lain pula," katanya.

Ditanya mengenai konsep yang seakan sama serta ia diberi julukan sebagai Low Yat 2, beliau menegaskan konsep sebegitu memang sama dengan semua pusat perniagaan ICT.

"Memang saya pernah kata 'ala Low Yat' tapi bukan Low Yat 2. Saya katakan begitu, supaya masyarakat faham maksud saya mahu dirikan pusat perniagaan yang seumpama itu.

"Mengenai konsep, kebanyakan pusat perniagaan ICT memang sama konsepnya begini. Saya tidak fikir ia salah dan pengguna mempunyai pelbagai pilihan untuk membeli," katanya. Jelasnya, peniaga di situ dikecualikan membayar sewa selama enam bulan. 

"Jadi, peniaga-peniaga ini perlu melakukan promosi untuk menarik lebih ramai pengunjung di sini.
"Inilah kesempatan buat mereka untuk meyakinkan pengguna mengenai produk-produk mereka," katanya.

Pusat ICT Mara itu berperanan sebagai hab perniagaan ICT dengan menawarkan semua barangan dan perkhidmatan digital bagi keperluan pengguna.

Mara Digital terletak di Aras 3 Bangunan Mara dan menempatkan 38 usahawan Bumiputera dalam bidang IT.


 Sumber : Sinar Harian


Related Posts:

  • Idea bisnes mudah Siri 1 Bermula hari ini saya nak kongsikan idea bisnes yang mudah dan boleh dijalankan di rumah sama ada di kawasan kampung ataupun kawasan perumahan.  Insya Allah, saya akan meneruskan perkongsian pada siri yang lain. … Read More
  • Lahirnya usahawan komputer di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka Assalamualaikum... Sesudah saya menyertai Program Pembentukan Usahawan Teknikal ( PUTEK ) di Ancasa Hotel MITC pada 13 - 22 Mei 2007, saya mendaftarkan bisnes saya atas nama ICT Niaga Enterprise. Program berkenaan di bawa… Read More
  • 14 syarikat paling kaya di negara masing-masing tahun 2012 Di dalam sesebuah negara yang pesat membangun dan maju, aktiviti perdagangan atau ekonominya sepatutnya rancak dan berdaya saing.  Maka saban waktu akan muncul syarikat-syarikat koporat ditubuhkan bagi mengambil baha… Read More
  • Idea bisnes mudah Siri 2   Artikel ini merupakan lanjutan kepada artikel "Idea bisnes mudah Siri 1". Dalam artikel ini saya memberitahu idea bisnes yang masih lagi relevan dan jika kena pada lokasinya mampu menjana pendapatan yang stabil. B… Read More
  • Jana income online mesti bermodal? Seperti yang pernah saya konsikan dalam ceramah keusahawanan apabila dijemput oleh Kolej Komuniti Selandar, Melaka dalam forum anjuran mereka, saya katakan jangan terlalu letakkan "modal duit" sebagai halangan untuk berni… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan