Segmen Satu Gambar Bercerita : Komputer

 
 Baboon pun dah tahu guna komputer.

Assalamualaikum...
Komputer dalam era tahun 1980 hingga penghujung 1999 adalah satu alat yang boleh dianggap mewah.  Harganya yang "mahal", menjadikannya satu penanda aras tahap kewangan seseorang kerana tidak semua orang yang mempunyai kemampuan dan kemahiran menggunakan komputer. Dalam tahun berkenaan, harga komputer terpakaipun masih lagi dianggap mahal.

Kini, apabila Malaysia mula memberi tumpuan pada bidang pengkomputeran serta menjadikannya salah satu bidang keberhasilan negara, rakyat semakin mudah mendapatkan akses komputer dan internet bermula dengan usaha penubuhan MSC, hingga kini dilihat semakin melonjakkan pengetahuan masyarakat pada penggunaan komputer. 

Seperti juga harga pada "hand phone", harga komputer semakin murah dalam masa yang sama spesifikasinya juga agak memuaskan.  Malah, komputer terpakai dan mempunyai spesifikasi yang baik boleh didapati dengan mudah dan pelbagai pilihan.  Cuma kita harus mengenalpasti barangan komputer dan cara-cara penggunaannya sebelum membuat keputusan untuk membeli set komputer, agar tidak mudah berlakunya penipuan dari penjualnya.

Jika kini, ada yang tidak tahu menggunakan komputer adalah dianggap sesuatu yang pelik, kerugian dan ketinggalan dalam arus kemodenan.

Kucing yang sedang asyik menggunakan laptop dan tetikusnya.

Related Posts:

  • Libre Office gantikan Open Office Assalamualaikum.    Siapakah yang pernah menggunakan perisian sumber terbuka "Open Office"?.  Ianya adalah sebuah perisian yang menyamai perisian Microsoft Office (Word, Power Point, Access dan Excel). B… Read More
  • Iklan kreatif Microsoft untuk Windows 8 Windows 8 merupakan sistem pengoperasian (pengendalian) keluaran Microsoft yang dilancarkan ke dalam pasaran dalam tahun 2012 bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer riba … Read More
  • Segmen Satu Gambar Bercerita : Komputer  Baboon pun dah tahu guna komputer. Assalamualaikum... Komputer dalam era tahun 1980 hingga penghujung 1999 adalah satu alat yang boleh dianggap mewah.  Harganya yang "mahal", menjadikannya satu penanda aras … Read More
  • Pengalaman menggunakan Android Q88 Tablet PC Pada ketika ini ledakan gajet untuk capaian internet semakin besar.  Para pencinta internet boleh melayarinya dengan pelbagai jenis peralatan seperti tab, iphone, telefon pintar dan juga tablet pc. Kini para pengge… Read More
  • Mengesan virus pada external device (peranti luaran) Assalamualaikum..... Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi maklumat berkenaan dengan virus yang berkemungkinan ada pada peranti luaran seperti pendrive dan external harddisk.... Terdapat satu virus yang agak … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan