Tiada lagi bayaran tol di jajaran Kuala Lumpur - Seremban Expressway dan Salak Expressway


KUALA LUMPUR: Mulai jam 12.01pm, 1 Jun 2018, tiada lagi bayaran tol di jajaran Kuala Lumpur - Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan, kata Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir. Ismail Md Salleh.

Menurut Ismail, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran itu, bayaran tol di semua laluan keluar masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 1 hingga 50 peratus (atau di antara RM0.40 hingga RM1.70) bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan sekali gus menjadikannya lebih murah.


"Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LLM menasihatkan pengguna agar mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.

"Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi," katanya lagi.

Sumber : Astro Awani

Related Posts:

  • Konsert Malam Kemuncak Karnival Jambatan Sultan Ismail 2019 #Hebahan #KJSI2019 KONSERT MALAM KEMUNCAK KARNIVAL JAMBATAN SULTAN ISMAIL (KJSI) 2019 🎪🎭🎉🎈 Tarikh: 19 April 2019 📅 Masa: 8.30 Malam ⏱ Tempat: Padang Nyiru, Muar 📍 (berhadapan Menara Jam/Laman Maharani) Pelbagai ak… Read More
  • Mohammad Ashraf dikatakan selesa di alam bunian Pelbagai pihak yang terlibat dalam pencarian Mohammad Ashraf telah membuat kesimpulan. Ada yang kata dia terlanggar anak bunian sehingga berdarah kepala anak bunian, disorokkan oleh puteri bunian dan pelbagai lagi versi ce… Read More
  • Mohd Hafiz Nor Azman meninggal dunia Dukacita dimaklumkan pelumba negara, Mohd Hafiz Nor Azman disahkan meninggal dunia selepas mengalami kemalangan ketika beraksi di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018. Allahyarham yang juga turut beraksi dalam… Read More
  • Pencuri dibaringkan dalam keranda di Shah Alam Video di bawah ini dikatakan berkenaan dengan kes pecah kereta di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam waktu solat Jumaat pada 9 November 2018. Sebahagian jemaah telah berjaya menangkap pencuri berkenaan dan memba… Read More
  • Budak sekolah akan berkasut hitam tahun 2019 Mulai tahun depan (2019), semua pelajar sekolah tidak lagi perlu memakai kasut berwarna putih, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, peraturan baharu tersebut dibua… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan