5 Kaedah Mencetak T-Shirt

 

Perniagaan mencetak t-shirt semakin menjadi tumpuan para belia untuk mempelajari dan menjadikan ia sumber pendapatan yang agak lumayan jika kena dengan cara dan jalannya.  

Dengan pasaran yang masih lagi luas, bisnes ini dilihat berkembang sejajar dengan tertubuhnya pelbagai pertubuhan badan kerajaan dan bukan kerajaan serta kelab-kelab peminat di Malaysia, terutamanya kelab peminat atau penyokong bola sepak.

Aneka corak, warna serta kualiti fabrik ditawarkan kepada bakal pembeli. Tinggal lagi bakal pembeli perlu bijak memilih dan membandingkannya dengan harga yang ditawarkan.

Pelbagai kaedah atau teknik yang digunakan untuk mencetak logo, corak, gambar mahupun perkataan pada sehelai t-shirt. Antaranya adalah seperti berikut :

Heat Transfer
Percetakan jenis ini biasanya untuk kuantiti di bawah 10helai. Ini adalah kerana kosnya yang lebih tinggi tetapi tidak dapat tahan lama. Design akan di print ke atas transfer paper dan kemudian di tekapkan ke atas t-shirt dengan menggunakan mesin Heat Transfer.

Silkscreen
Silkscreen adalah kaedah yang paling digemari dalam semua usahawan cetak t-shirt kerana ia memerlukan kos yang paling minimum tetapi kualitinya sangat tinggi.

Walaubagaimanapun, kaedah ini memerlukan kemahiran yang sangat tinggi berbanding dengan dengan kaedah yang lain. Untuk mempelajari kaedah ini, ia memerlukan kursus yang khas. Kaedah ini boleh digunakkan di atas kain yang berkapas sahaja.

Emboss
Mesti anda pernah melihat design t-shirt yang jenis tulisannya timbul kan? Itulah yang dikatakan percetakan menggunakan emboss dye. Ianya sama seperti teknik rubbersize dengan menggunakan sejenis dye getah juga tetapi telah dicampurkan dengan bahan kimia dimana apabila dipanaskan dengan seterika ia akan memberi kesan timbul.

Plastisol
Percetakan jenis ini adalah lebih berkualiti berbanding dengan rubberize dan silkcreen biasa. Di Eropah, kebanyakan t-shirt dicetak dengan menggunakan kaedah ini. Ink plastisol boleh dicetak wet-on wet yang mana akan mempercepatkan masa produksi didalam printing.

Rubberized
Kaedah ini menggunakan dye getah dan dapat memberikan kesan yang menarik di atas t-shirt. Ianya kelihatan seperti sticker dan tiada masalah untuk dicetak di atas t-shirt terang atau gelap. Kaedah ini kami belum gunakan lagi kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk membeli mesin.




Maklumat asal :

www.azzahracreative.com




Related Posts:

  • Kenali pemilik Kumpulan Barkath berserta Hacks dan Sunquick Barkath Ali Abu Backer menunjukkan jenama popular iaitu Sunquick dan Hack, produk utama Kumpulan  Barkath  Jika disebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer, ramai yang tidak kenal. Namun jika disebut nama… Read More
  • Berapa modal nak mula bisnes air balang? Assalamualaikum... Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang.. -  1 unit kanopi 10 x10 : RM150 - 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima) -   3-4 balang air : RM120-130 (per balan… Read More
  • Pengedar ONEXOX Black di Tanjung Rimau Dalam ONEXOX Black kini telah berada di Kampung Tanjung Rimau Dalam iaitu dalam daerah Alor Gajah Melaka. Lokasi ini berada antara Padang Sebang dan Pulau Sebang.  Jika anda berminat untuk menggunakannya, maka hubungi… Read More
  • Pelancaran Pusat ICT Mara ( MARA Digital ) KEWUJUDAN Mara Digital bukanlah untuk menandingi mana-mana pusat perniagaan ICT, namun ia dilihat sebagai alternatif kepada pengguna dan membuka ruang khususnya kepada usahawan Bumiputera. Menteri Kemajuan Luar Ban… Read More
  • Chatime memenangi saman ke atas Tealive Sebanyak 161 lot kedai air minuman jenama Tealive diarah tutup oleh mahkamah dengan serta merta selepas pemilik jenama berkenaan gagal dalam rayuan mahkamah hari ni. Selamat tinggal Tealive. Selama ini, ramai orang per… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan