10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Berikut merupakan antara 10 jenis orang yang Allah SWT tidak menerima solat darinya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."



Related Posts:

  • Cara untuk solat sunat sebelum serta selepas nikah Pernikahan adalah matlamat dalam perhubungan antara lelaki dan wanita.  Cinta dan kasih sayang yang ikhlas akan membawa perhubungan pasangan berkenaan ke tahap yang diredhai oleh Allah SWT. Maka haruslah kita be… Read More
  • Waktu solat untuk MelakaAssalamualaikum... Pastinya tahun ini merupakan tahun yang berbeza dengan datangnya ramadhan kali ini di kala saya aktif berblogging.  Walaupun saya menjadi blogger dalam tahun 2006, namun hanya pada tahun ini saya menj… Read More
  • 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Ha… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan