Rooney di sisihkan gara-gara Safee & Ramli?

 
 
Assalamualaikum...

Fenomena pemain bola sepak dari Malaysia sedang bermula untuk memasuki pasaran luar negara, meskipun ianya telah dimulakan seawal zaman pemain-pemain lagenda negara seperti Dato' Ghani Minhat, arwahyarham Mokhtar Dahari serta Zainal Abidin Hassan, malah suatu ketika dahulu semasa kemuncak prestasi Azman Adnan, beliau turut ditawarkan bermain untuk kelab bola sepak terkemuka dunia iaitu Manchester United, namun entah mengapa Azman Adnan menolak "tuah" yang amat jarang sekali diperolehi oleh pemain bola sepak negara kita.

Selepas fenomena Safee Sali yang mendapat perhatian beberapa kelab di dalam dan luar Asia selepas cemerlang dalam skuad kebangsaan dan di kelab Pelita Jaya FC yang beraksi dalam Liga Super Indonesia, kini para blogger, pengguna internet dan peminat bola sepak mula memperkatakan mengenai Ramli.. Siapakah dia ini..?

Ramli yang dimaksudkan adalah watak dalam iklan yang ditaja oleh Telekom Malaysia.  Meskipun ada yang memandang sinis dan lawak iklan tersebut namun sebenarnya jika diselami intipati iklan tersebut, kita akan merasa terharu atas mesej sebenar yang ingin disampaikan. Bagi yang tiada perasaan, maka mereka akan terus menerus menggelakkan suatu yang sebenarnya dianggap sebagai doa rakyat Malaysia untuk melihatkan kemajuan para pemain bola sepak dari negara ini yang benar-benar bersemangat untuk memilih kerjaya selaku pemain bola sepak profesional.

Terima kasih juga kepada "pengedit" misteri yang telah mula mengubahsuai berita sukan, surat khabar Harian Metro.  Jika tidak silap saya, fenomena pengubahsuai ini telah bermula sejak Malaysia mula menjuarai pertandingan bagi acara bola sepak Sukan SEA XXV tahun 2009.  Bagi saya ini dapat menyemarakkan lagi kemeriahan bola sepak Malaysia dan juga merupakan satu doa rakyat Malaysia....

Berikut adalah video iklan berkenaan si Ramli yang berazam untuk banggakan ayahnya dengan kejayaannya dalam bidang sukan bola sepak :


**p/s : apa kes kalau si Rooney tu merajuk sampai nak join team bola sepak Kelantan...? Dah tu Ancelotti nak jadi pengurus di Persatuan Bola Sepak Melaka pula... errmm... :-)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan