Penyelenggaraan komputer suatu kemestian

Masyarakat kita pada dewasa ini telah "celik komputer / IT". Rata-ratanya telah boleh dan tahu asas kepenggunaan komputer. Situasi ini menjadi pemangkin hasrat kerajaan untuk Malaysia mencapai status "negara maju" tahun 2020.

Tetapi sekadar tahu menggunakan komputer tidak cukup. Penyelenggaraan yang berjadual perlu "dibiasakan" bagi mengelakkan sebarang masalah dan kerosakan pada komputer.

Antara aktiviti penyelenggaraan yang biasa dilakukan ialah membuang fail-fail sementara dalam cakera liat, mengemaskini definisi anti virus, spyware, malware atau adware dengan kerap, melakukan pengimbasan virus, spyware, malware atau adware pada keseluruhan cakera ( CPU atau lain-lain istilah yang difahami ) serta membersihkan peralatan komputer dari diselaputi habuk.

Mengetahui cara-cara menggunakan segala jenis perisian anti virus adalah suatu kelebihan. Dari pemerhatian saya dikalangan mahasiswa-mahasiswi di salah satu IPTA negeri Melaka mendapati sebilangan mereka hanya tahu "scan virus" pada "thumb drive" tetapi tidak tahu tindakkan selanjutnya yang perlu dilaksanakan... ( tidak memadam / delete virus yang mengjangkiti fail tertentu )

Ini telah menyebabkan virus mudah tersebar, lebih-lebih lagi sekiranya ada pengusaha "cyber cafe" yang menggunakan perisian OS yang tidak sah ( cth: cd Windows RM5.00 atau cd perisian cetak rompak )... Jadilah pengguna yang berhati-hati...

Related Posts:

  • Keputusan Liga Super : 4 Jun 2023 Perlawanan Liga Super ke tiga belas untuk empat pasukan iaitu melibatkan Kuching City FC dan NSFC ( bermula 7.30 malam ) serta Sri Pahang FC dan KL City FC ( bermula 9.00 malam ).KEPUTUSAN PERLAWANANKuching City FC … Read More
  • Keputusan Liga Super - Pusingan ke 13 | 2 Jun 2023 Dua perlawanan Liga Super berlangsung pada 2 Jun 2023, jam 9.00 malam, melibatkan pasukan KDA FC dan Sabah FC di Stadium Darul Aman serta Kelantan United dan Kelantan FC di Stadium Sultan Mohammad IV.Keputusan perlawana… Read More
  • Keputusan perlawanan Liga Super - 03/06/2023 Perlawanan Liga Super ke 13 untuk 6 pasukan iaitu melibatkan Perak FC dan Terengganu FC ( bermula 5.30 petang ), PDRM FC dan Selangor FC ( bermula 8.15 malam ) serta Penang FC dan JDT ( bermula 9.00 malam ).KEPUTUSAN PE… Read More
  • Keputusan Liga Super : 7 Jun 2023 Perlawanan Liga Super ke empat belas untuk empat pasukan iaitu melibatkan KDA FC dan Perak FC ( Stadium Darul Aman ) serta Kelantan United dan Selangor FC ( Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu ). Semua perlawanan ber… Read More
  • Dara Abdul Jalil meninggal dunia Penyanyi terkenal tahun 1980-an, Rohana Jalil, berusia 68 tahun, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pukul 11.34 malam, 20 Jun 2023 disebabkan kebocoran u… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan