Betulkah cermin mata berlubang dapat sembuhkan rabun?


Pernah tengok cermin mata berlubang-lubang seperti ini. Ramai daripada penjual cermin mata ini mengatakan ia boleh menyembuhkan rabun. Maksudnya RABUN ITU BOLEH DIHILANGKAN SELEPAS PAKAI CERMIN MATA INI BEBERAPA KALI.

Disamping itu, banyak juga mereka yang menjual cermin mata ini dengan harga yang sangat mahal walaupun keberkesanannya belum lagi teruji.

Kami ingin menerangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan masalah rabun dan juga cermin mata yang berlubang-lubang ini.

1) APA ITU RABUN?

Rabun ataupun dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘refractive error'(ralat pembiasan) merupakan salah satu masalah mata dimana pembiasan cahaya didalam mata tidak berlaku dengan tepat.

Ini menyebabkan titik fokus tidak jatuh secara tepat di atas retina dan menyebabkan pandangan menjadi kabur.

2) Terdapat 3 jenis ‘Refractive error'(Ralat pembiasan) iaitu :

–  Rabun jauh (nearsightedness)
–  Rabun dekat (farsightedness)
– Astigmatism. Orang kita selalu memanggil masalah ini sebagai ‘Silau’. Tetapi sebenarnya istilah tersebut tidak tepat bagi menggambarkan Astigmatism. Bagi artikel ini saya masih menggunakan istilah silau supaya semua tidak keliru


3) APA ITU ASTIGMATISM (silau)?

Astigmatism merupakan salah satu jenis ‘refractive error’ dimana dalam masalah ini jumlah titik fokus menjadi lebih daripada satu.

Ia disebabkan keadaan kornea yang tidak rata. Ini menyebabkan cahaya yang melintasi permukaan kornea terbias tidak sekata dan mempunyai banyak titik fokus.

Disebabkan kornea yang tidak rata,
titik fokus menjadi banyak menyebabkan penglihatan menjadi kabur

4) CERMIN MATA BERLUBANG TIDAK BOLEH SEMBUHKAN RABUN

Cermin mata berlubang-lubang seperti ini hanya membantu mereka yang mempunyai masalah Astigmatism (silau) sahaja.

Ini kerana apabila kita menggunakan cermin mata seperti itu, cahaya yang masuk ke dalam mata akan berkeadaan lurus dan menyebabkan hanya satu titik fokus sahaja yang terhasil.

Disebabkan perkara itu, pemandangan mata akan menjadi lebih jelas apabila menggunakan cermin mata tersebut.


Selain daripada itu, Ingin saya tekankan bahawa masalah astigmatism (silau) dibantu apabila sedang memakai cermin mata itu sahaja. Apabila kita buka cermin mata itu, masalah silau itu masih tetap akan ada. Cermin mata ini tidak akan menyembuhkan masalah astigmatism tersebut.
Sebagai tambahan, perlu diketahui bahawa rabun adalah masalah pada struktur mata. Penggunaan cermin mata kaca ataupun berlubang-lubang seperti itu hanya akan menyelesaikan masalah pada ketika pemakaiannya sahaja.
Jika benar-benar tidak mahu menggunakan cermin mata ataupun kanta lekap, maka pembedahan seperti LASIK perlu dijalankan untuk membetulkan balik struktur mata.
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah penggunaan cermin mata berlubang-lubang ini tidak akan memulihkan rabun anda secara keseluruhan.


Related Posts:

  • Punca kerosakan hati manusia Penyakit yang dihidapi manusia pada masa kini adalah lebih kepada gaya hidup individu berkenaan, keadaan persekitaran dan tabiat pemakanan.  Setiap aktiviti yang dilakukan mempunyai kesan sampingan yang akan mempenga… Read More
  • Jenis makanan yang menyebabkan kita gemuk Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah mejadi hidangan biasa bagi masyarakat umum di Malaysi… Read More
  • 7 perkara yang perlu dielakkan selepas makan Pelbagai "aktiviti sampingan" yang sering kita lakukan sama ada sedar atau tidak selepas makan.  Namun tahukah anda kesannya kepada kesihatan kita seandainya masih lagi tidak mengubah atau memberhentikan tabiat berke… Read More
  • Tips kesihatan untuk perempuan sedang haid Haid adalah keluarnya darah dari organ pembiakan perempuan / wanita dengan mekanisme semula jadi yang berlaku tetap setiap bulan, hal ini merupakan perkara yang normal bagi setiap wanita. Selain dari larangan beribadah da… Read More
  • Dua belas kebaikkan cium mulut Khasiat bercium dalam dunia kesihatan manusia. . . Ahli perubatan yang telah melakukan kajian yang berkaitan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan.. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan