Nokia 3310 : Lagenda muncul kembali


Setelah pelbagai cerita mengenai telefon lagenda jenama Nokia 3310 tersebar, Nokia akhirnya mengumumkan secara rasmi telefon tersebut di Barcelona.

Antara ciri menarik telefon berkenaan adalah reka bentuknya yang baharu (dan moden), mudah dan masih mengekalkan sistem keypad yang sama. Selain itu, 3310 juga didatangkan dengan skrin QVGA berwarna 2.4 inci, kamera 2MP dan juga slot memori microSD.





Menurut laporan, bateri telefon itu tahan selama sebulan dalam mod standby dan 22 jam untuk masa berbual.

Dari segi sistem pengoperasian pula, ura-ura yang dilaporkan oleh portal tempatan Wiser.my sebelum ini ternyata benar apabila Nokia 3310 diumum tidak dikendalikan oleh Android tetapi menggunakan sistem asal yang telah ditambah baik.

Secara ringkasnya, Nokia 3310 adalah telefon backup sempurna buat mereka yang mahu mencari telefon kedua.

Berkenaan harga pula, telefon terbabit dijual pada harga $52 (RM230).


Sumber : FB Wiser.my & Siakapkeli

Related Posts:

  • Akuaponik - usaha penyelesaian kurang tanah tani Contoh sistem mini akuaponik Akuaponik adalah gabungan sistem akuarium dan sistem hidroponik. Ianya adalah satu sistem simbiosis kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantungan diantara satu sama … Read More
  • Handphone YB Pakatan Rakyat digodam Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pada petang 14 Mac 2014, mereka telah menerima maklumat bahawa handphone YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Shamsuliskandar, YB Nik Nazmi telah di… Read More
  • Dah cuba Look Back dari Facebook? Anda dah cuba "A Look Back" dari Facebook?. Ia sebenarnya bukanlah fungsi terkini yang terdapat dalam Facebook tetapi merupakan video ringkas yang dibuat oleh Facebook khas untuk pengguna mereka bagi melihat kembali seja… Read More
  • Jepun Cipta Mesin Seks Maya Sebuah studio di Tokyo, Jepun baru-baru ini melancarkan apa yang boleh dipanggil mesin seks dan. Teknologi terkini dalam mainan melancap dan permainan realiti maya telah digabungkan ke dalam mesin yang dipanggil "V… Read More
  • Inovasi kereta yang perlu ada di Malaysia   Inovasi kenderaan terutamanya kenderaan di darat dilihat semakin menarik dengan penambah-baikkan yang dilakukan  seiring dengan kemajuan teknologi komputer dan kempen menjaga alam sekitar seperti kereta biofue… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan