Mengamuk pecah kedai kerana kredit cepat habis


Berang apabila kredit telefon prabayar susut RM4 setiap hari, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi di bandar Sibu, tengah hari 13 Mac 2017.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata, siasatan awal mendapati dia mengamuk hanya tidak berpuas hati kerana mendakwa kredit prabayarnya berkurangan sebanyak RM4 setiap hari. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Menurut Berita Harian, lelaki berusia 30-an dengan berbekalkan kayu golf memecahkan dinding cermin di premis syarikat telekomunikasi berkenaan yang bertempat di Jalan Wong King Huo pada jam 1.45 tengah hari. Amukan keduanya di premis telekomunikasi yang sama di Jalan Keranji.

Bagaimanapun si pelaku berjaya ditahan lebih kurang jam 5 petang, pada hari yang sama.


Related Posts:

  • Lontar telur ayam ke cermin hadapan kereta : Taktik rompakan terkini Jenayah dan persaaan takut terhadap jenayah mempengaruhi kualiti hidup rakyat, yang ada kalanya melibatkan kesan yang sungguh memudaratkan. Kementerian Dalam Negeri menganggarkan kos jenayah melebihi USD60 billion … Read More
  • Menjadi yang pertama di jambatan baru? Apabila terbinanya sesuatu struktur atau membangunnya sesuatu kawasan, pasti ada yang berniat agar nama masing-masing dicatatkan dalam buku rekod sejarah dalam kategori "yang pertama". Pada hari pertama dibuka kepada orang… Read More
  • Berita Edisi Alternatif : Dana untuk tabung pendidikan anak syarikat Selangor   Kerajaan Selangor  menyediakan Tabung  Pendidikan untuk Anak-anak syarikat dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor, berjumlah RM10 juta.  Tabung berkenaan bertujuan untuk memberi biasiswa, dermasisw… Read More
  • Kaki tumbuh pada otak bayi Allah berfirman: أَفَرَأَيْتُمْ مَا تُمْنُونَ أَأَنْتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ “Adakah kamu lihat apa yang kamu pancarkan [sebagai air mani itu], adakah kamu yang menjadikannya atau Kami yang menjadik… Read More
  • Al-Fatihah - Bob Kuman meninggal dunia   Dari Allah SWT kita datang, KepadaNya kita kembali... Pelakon dan pelawak terkenal Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Bin Mohd Rawi, telah meninggal dunia pada waktu 4.38 petang pada hari ini (3/5/2012 - Kh… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan