Setinggan musnah di Putatan


Tujuh buah rumah setinggan musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Dumpil, Putatan, Sabah, pagi 28 Mac 2017. Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 9.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 15 kilometer itu pada jam 9.29 pagi.

Menurut pihak bomba, kesemua rumah dengan anggaran berkeluasan 100 kaki panjang dan 100 kaki lebar itu musnah dalam kejadian berkenaan. Anggota bomba menggunakan operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 3 pancutan 200kaki dari jentera scania dan 1 aliran 1 pancutan 200 kaki dari jentera Water Tanker untuk memadam kebakaran. 

Operasi yang melibatkan 17 orang anggota dari balai bomba Penampang dan 13 anggota dari balai bomba Kota Kinabalu serta seorang pegawai penyiasat itu berjaya dikawal pada jam 10.03 pagi. Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih disiasat.


Sumber dari : Sayang Sabah 

Related Posts:

  • Pasar Basah Seremban terbakar Tingkat atas (bangunan dua tingkat) Pasar Besar Seremban  di pusat bandar di sini terbakar selepas hujan lebat pada masa petangnya. Satu pasukan pemadam kebakaran telah hadir bagi memadamkan kebakaran yang diperca… Read More
  • Duit palsu RM100 di Pahang Seperti yang dimaklumkan dalam Facebook Elite Defence Security Kuantan, terdapat wang kertas RM100.00 PALSU sedang bertebaran dalam pasaran, terutama di kawasan sekitar Kuantan, Pahang. Dimaklumkan telah beberapa kes b… Read More
  • Keadaan banjir sekitar Melaka Berikut adalah beberapa gambar yang merakamkan keadaan banjir yang telah berlaku du Negeri Melaka, akibat dari hujan berterusan sejak awal pagi 11 Ogos 2017 :       … Read More
  • Gambar-gambar banjir di Muar Seperti yang telah dilaporkan oleh Malaysian Meteorological Department pada jam 8.52 pagi dan amaran yang dikemaskini pada pukul 4.15 petang, telah berlaku ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (… Read More
  • Maklumat terkini mangsa banjir di Melaka MAKLUMAT BANJIR 12.8.2017 Lokasi : 1. Daerah Melaka Tengah  Balai Raya Peringgit (Pusat Pemindahan) = 11 keluarga =  Lelaki Dewasa - 08 =  Perempuan dewasa – 08 = Warga Emas Lelaki – 02 = Warga Emas Pere… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan