
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah 
menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling 
bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha 
beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama 
hampir 18 tahun.
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh
 di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential 
Muslims"
Namun kini beliau yang semakin uzur masih lagi mempunyai fikiran yang tajam dan bernas dalam memikirkan hala tuju politik Islam di Malaysia.  Beliau telah membuat "wasiat" untuk kita dalam masa yang sama sebagai peringatan untuk kita iaitu :
"usia ambo kini lebih 81 tahun, roh yang pergi pada malamnya jika tidak kembali..matilah ambo. Buatlah segala daya upaya untuk memenangkan Islam di muka bumi ini sebelum pergi bertemu Allah......"









 
 
 

 
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

