Lagu Gigit Cuping Telinga - Nabil MLM 2013


Nabil yang memulakan kerjayanya dengan lebih cemerlang dalam pertandingan Raja Lawak dan kini sedang berjuang pula dalam Maharaja Lawak Mega 2013.  Beliau adalah peserta tunggal MLM 2013 yang berseorangan kerana peserta lain semuanya adalah terdiri dari peserta berkumpulan.

Seperti juga sepah, setiap lawak Nabil ada masa naik kualitinya dan ada masa turun tetapi tidak pernah menghampakan sangat para peminat untuk tergelak atau setidaknya tersengih. Beliau adalah seorang pelawak yang interaktif dan rajin serta kreatif membuat "kajian" dalam membikin dan membina lawak-lawaknya.

Beliau dilihat pandailah juga mengaitkan keadaan yang sedia ada di dunia luar ke dalam dunia lawaknya.  Contoh terbarunya adalah dalam siri pertandingan MLM 2013, minggu yang ke 10. Salah satu babak lawak beliau ada menggunakan keratan lirik :

"Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku
Membisikan aku cinta kamu....."

Saya sendiri sudah terlupa akan kewujudan lagu berkenaan. Lantas hasil tinjauan di enjin carian Google, maka barulah saya ingat semula ia adalah lagu nyanyian Aqasha yang bertajuk Obsesiku.


Related Posts:

  • Video versi terbaru Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati   Muara Hati adalah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz AF yang dijadikan sebagai lagu tema untuk 80 episod drama  "Adam & Hawa". Kini setelah beberapa lama, ada pihak yang t… Read More
  • Auta dalam filem arwah P.Ramlee (Tiga Abdul) Tiga Abdul adalah filem komedi yang diterbitkan dalam tahun 1964 di Malaysia yang diarahkan dan dibintangi oleh ikon "layar perak" Malaysia, arwah P. Ramlee. Antara tunjang utama dalam filem ini ialah arwah Haji Mahadi se… Read More
  • Gadis Jolobu versi Bangla Waris yang merupakan penyanyi solo kini semakin terlajak popular di kalangan peminat seni muzik di Malaysia dengan membawakan dialek Negeri Sembilan. Waris atau nama sebenarnya "Muzzammil Alias" mula memperkenalkan ba… Read More
  • Apabila kanak-kanak tengok video ah ah ah   Menonton televisyen atau video memainkan peranan dalam perkembangan minda kanak-kanak.  Jika video yang mereka tonton itu mempunyai unsur yang baik serta positif atau lebih molek lagi penuh dengan nilai-nilai … Read More
  • Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 5 Ini adalah artikel bersiri, sambungan dari artikel yang diterbitkan oleh saya, bertajuk "Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 4".  Pada artikel kali ini saya memaparkan lirik dan lagu yang bertajuk "Sebenarnya Cinta - … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan