KUALA LUMPUR, - Jumlah pelabur asing ke Malaysia dijangka meningkat berdasarkan keyakinan mereka terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan Dewan Pembangunan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Dr Syed Ali Alattas yang menyokong sepenuhnya pimpinan baharu kerajaan Persekutuan itu, berkata dengan tadbir urus yang baik, telus serta bebas daripada rasuah memberi kepercayaan kepada pelabur asing melabur di negara ini.
"Keyakinan pelabur antarabangsa terhadap Malaysia dalam pelbagai industri mampu memajukan negara selain memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda. Mereka (pelabur) tidak akan melabur di negara yang kurang stabil, " katanya kepada Bernama.
Mengulas mengenai manifesto PH, antaranya menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan mengembalikan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Syed Ali berkata rancangan tersebut adalah realistik dan mampu dilaksanakan.
- Sumber : Bernama
Related Posts:
Sepuluh Negara terkaya pada 2013
Berikut adalah nama sepuluh negara paling kaya pada tahun 2013. Negara-negara ini berada di senarai rekod tertinggi daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita yang dicatatkan selaras dengan maklumat yang … Read More
FBI mempercepatkan siasatan penyelewengan 1MDB
FBI telah mempercepatkan siasatan mereka terhadap 1MDB dan lebih banyak pertukaran bukti dengan pihak berkuasa Malaysia sejak Najib kalah PRU14.
FBI yakin bahawa kerajaan baru (Pakatan Harapan) lebih bersedia untuk bekerj… Read More
Pelabur semakin yakin dengan kerajaan baru
KUALA LUMPUR, - Jumlah pelabur asing ke Malaysia dijangka meningkat berdasarkan keyakinan mereka terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangun… Read More
15 negara terkaya dalam senarai Forbes 2012
Tiga negara di timur dan tenggara Asia yang semakin membangun ekonominya berjaya masuk ke senarai 15 negara paling kaya di dunia.
Singapura mendapat tempat ke tiga,
Brunei mendapat tempat ke lima dan Hong Kong mendud… Read More
Ya Tuhan...Rupanya Kementerian Kewangan yang bayarkan hutang 1MDB
KEMENTERIAN Kewangan sudah menanggung pembayaran hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM6.98 bilion sejak April 2017.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah berkenaan adalah termasuk pembayaran untu… Read More