Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia (ibu pelakon, Faizal Hussein)
By Admin at 5:23:00 pm
Peristiwa
Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.
"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999. "Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian sehinggakan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi".
"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu. Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.
Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas. Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.
** sumber dipetik dari mStar Online
Related Posts:
Perkara yang DILARANG KERAS semasa himpunan 31 Disember 2013 Perkara yang dilarang keras semasa perhimpunan 31 Disember 2013, di Dataran Merdeka : Bendera Parti Politik Ceramah oleh ahli politik Senjata Alatan tajam Manakala perkara yang wajib dibawa dan dipakai semas… Read More
Baki Flat Pekeliling dirobohkan Baki Flat Tunku Abdul Rahman yang lebih dikenali Flat Pekeliling di Jalan Pekeliling, berhampiran dengan stesyen LRT dan Monorel Titiwangsa, mula dirobohkan oleh pihak pemaju Asie Sendirian Berhad, bermula pada 22 Janu… Read More
Untungnya berniaga semasa Perhimpunan Aman "TURUN" Kehadiran hampir 50 ribu rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka. Himpunan Turun juga diakhiri dengan lagu "Negaraku" sebaik saja menjelang tahun 2014, sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintaka… Read More
Video jumpa toyol dalam Pencetus Ummah 2013 Apa benar peserta rancangan Pencetus Ummah diganggu oleh makhluk halus yang berupa toyol?. Bagi yang belum mengetahui akan cerita ini dan belum menyaksikan videonya, silalah menonton video di bawah untuk mendapatkan … Read More
Hakim yang berhati mulia di Indonesia KISAH BENAR tentang seorang nenek mencuri ubi dan hakim yang bijak Kisah yang sangat menyentuh hati bermula apabila seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah iaitu seora… Read More