Sifat ehsan terhadap makhluk Allah S.W.T
By Admin at 12:00:00 pm
Nasihat
Assalamualaikum...
Sudah lama saya simpan gambar ini. Baru kini tergerak fikiran dan jari jemari ini untuk menerbitkan artikel mengenainya...
Terharu dan tersentuh sanubari saya melihat gambar ini yang menunjukkan seorang tua yang sanggup meredah banjir dalam usahanya menyelamatkan haiwan yang mungkin belaannya. Orang tua itupun dah acup-acup je bergerak merentasi banjir tu. Lalu teringatkan kisah semasa di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka.
Semasa di kampung, dalam tahun-tahun sebelum saya bersekolah rendah (kenangan sewaktu kanak-kanak), ada membela kucing, ayam dan angsa. Semuanya jinak dan baik, walaupun ada masanya kucing tu tak menolak ikan... Masa ada di kampung, suka nak beri ayam-ayam makan. ayam berkenaan akan mengekori saya bila terlihat saya membawa tin yang berisi jagung. Adakalanya ayam itu akan naik ke atas bahu saya sewaktu mengcangkung (kerana waktu tu beri ayam makan atas tapak tangan).
Pernah menjadi kisah, seperti yang diceritakan oleh makcik saya, dahulu di rumah kampung saya tu ada satu pasangan haiwan yang bersahabat baik. Haiwan itu ialah seekor kucing dan ayam, namun saya lupa jantina haiwan berkenaan.
Sewaktu tiba masa makan, kucing tu seringkali dilihat menjemput seekor ayam yang menjadi sahabat baiknya itu di pintu lalu membawa ayam tersebut ke dapur untuk makan bersama-sama. Namun semasa arwah nenek nak buat kenduri, ayam tu pun disembelih untuk dibuat lauk jamuan. Ini menyebabkan kucing itu sangat bersedih. Tak lama lepas kenduri diadakan, kucing tu pun menghilangkan diri, membawa hati yang lara kerana sahabatnya telah tiada. Tidak pula kucing itu bersahabat dengan ayam-ayam yang lain. Saya sendiri yang mendengar kisah ini dari makcik saya pun berasa sedih dan bersimpati atas kucing tersebut. Kejadian seperti kucing dan ayam ni jarang berlaku. Angsa yang cacat kakinyapun ada kisahnya yang sempat saya alami sebelum angsa berkenaan mati kerana usia tuanya. Mesti ada hikmah dan keistimewaan haiwan berkenaan yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Pengajarannya.., sedangkan haiwan berlainan jenis boleh hidup baik-baik, inikan pula kita sesama manusia, sama agama, sama negara. Demi kekuasaan, kekayaan, kebendaan, manusia sanggup membuat fitnah demi fitnah untuk menjatuhkan manusia lain. Kenikmatan dan rezeki kurniaan Illahi dibolot sewenang-wenangnya. Sudahlah menuduh manusia lain dengan bermacam-macam variasi fitnah, sedangkan diri mereka sendiri sebenarnya adalah jahat yang mungkin menyamai tahap Jin Ifrit...
Related Posts:
Sesuatu yang dinginkan dan hakikat yang dilupakan Salam sejahtera..... Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung, yang hanya dimiliki oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan yang beribadah dan beramal sol… Read More
Mengesan jin dalam tubuh manusia Jin, iblis dan syaitan adalah makhluk Allah SWT yang telah ditakdirkan agar tidak kelihatan pada pandangan mata biasa manusia. Ini berikutan usia makhluk berkenaan sudah mengjangkau jutaan tahun yang pasti r… Read More
Kesilapan ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa Anak adalah anugerah serta amanah Allah SWT yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh ibu bapa, seandainya mereka belum bersedia dari segi zahir dan batin serta fizikal juga mental. Bukan mudah untuk… Read More
Kisah pengorbanan ibu disebalik kejayaan anaknya Di sini saya kongsikan suatu kisah diambil dari sumber yang dikongsikan melalui "MukaBuku", yang saya kira kalau ia bukan kisah sebenar atau hanya rekaanpun, ia mengandungi pengajaran yang harus kita selalu renungkan bagi… Read More
Petua untuk isteri sentiasa bahagia dan cantik Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan kebahagiaan di dalam perkahwinan mereka. Namun ia tidak semudah yang diucapkan dan kebahagiaan juga tidak akan datang dengan mudah. Untuk memastikan rumahtangga bahag… Read More