Jamal Muhamad meninggal dunia


Pak Cik Jamal atau Jamal Muhamad, berusia 75 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11.00 pagi, 7 Mei 2014 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Jamal yang juga personaliti televisyen veteran popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM di era 80-an mengalami sesak nafas sejak kelmarin. Kebanyakkan akhbar hari ini melaporkan, Jamal tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.

Jamal atau lebih mesra disapa Pak Cik Jamal melalui program Mini Parlimen yang popular pada era 1980-an, turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), berikutan beliau baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu.

Anak beliau, Sheila berkata, ayahnya mengalami masalah pernafasan yang didakwa berpunca daripada penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi sejak 14 tahun lalu, menyebabkan tulang belakang Jamal membengkok hingga mengganggu paru-paru. Katanya, ayahnya dikejarkan ke Hospital Putrajaya menggunakan ambulans selepas mengadu sukar bernafas, tengah hari kelmarin.

Pak Cik Jamal sebelum ini terpaksa dikuarantin sebelum keputusan mengenai virus itu diketahui antara tiga hingga empat hari.



Related Posts:

  • Video rasmi lagu Ikatan Asmara : Baby Shima dan Fairuz Misran Ikatan Asmara Fairuz Misran & Baby Shima Lagu : Harry Khalifah Lirik : Achoi Floor 88 Arrangement : Harry Khalifah Terbitan : MVM Production Sdn Bhd … Read More
  • Meyanaliza Ruslee bertemu ilahi Penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Matahari, Maya meninggal dunia akibat kanser pada Rabu, 18 Mac 2020. Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu. Bagaimanap… Read More
  • Video Alif Satar bertakbir raya dengan banduan akhir Alif Satar mempunyai pengalaman yang paling terkesan sepanjang hidupnya yang membuka matanya hatinya . Beliau mempunyai peluang untuk Bertakbir Raya dengan "Banduan Akhir" di penjara Sungai Buloh. Ia adalah suatu peras… Read More
  • Nassier Wahab meninggal dunia Penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya, lapor Astro Gempak. Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan … Read More
  • Zainal Ariffin meninggal dunia Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo, 62 tahun, yang menderita kanser esofagos telah menghembuskan nafas terakhirnya kurang lebih pada pukul 1.30 petang Rabu, 14 November 2018. Berita sedih … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan