Pekebun kesal nangka sering dicuri

 

Seorang pekebun sangat kesal dengan sikap sebilangan remaja-remaja nakal di Kampung Pisang yang selalu mencuri nangka di kebunnya.  Namun dia tidak dapat menangkap remaja berkenaan dan tiada sebarang bukti untuk menuduh sesiapa yang bertanggungjuawab atas gangguan di kebunnya.

Setelah perkara ini berlarutan beberapa lama, akhirnya pekebun berkenaan mendapat ilham.. Maka pada suatu petang, di tengah-tengah kebunnya dipacakkan papan tanda yang besar dan bertulis :

"AWAS... SALAH SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN PEROSAK"

Keesokan harinya, pekebun itu gembira kerana beliau mendapati nangkanya itu tidak dicuri lagi. Selang beberapa hari selepas itu, pekebun ini pergi lagi ke kebunnya untuk memetiknangka untuk dijual di pasar besar di Pekan Duku. Memang pasti tiada kelihatan kesan-kesan nangkanya dicuri.

Namun demikian, beliau sangat terkejut kerana di sebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang tertera ayat :

"KINI ADA LIMA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN"



*Komen :

-mungkin sebilangan pembaca tak terfikir dan tak nampak "punch line" cerita ini.

Related Posts:

  • Pekebun kesal nangka sering dicuri   Seorang pekebun sangat kesal dengan sikap sebilangan remaja-remaja nakal di Kampung Pisang yang selalu mencuri nangka di kebunnya.  Namun dia tidak dapat menangkap remaja berkenaan dan tiada sebarang bukti un… Read More
  • Cara kreatif suami nak nikah tiga Tidak seperti arwahyarham P.Ramlee dalam babak filem Madu Tiga, nak nikah atau kahwin tiga tidak perlulah sampai nak kena pandai "pembohong" dan "temberang". Cuma perlukan kesabaran, masa yang sesuai dan fikiran yang kre… Read More
  • Video : Apabila budak bola jadi penjaga gol Inilah akibatnya jika "budak bola" memainkan peranan lebih dari sekadar tukang kutip bola. Lantaran itu beliau dikejar oleh pemain dan beberapa orang pegawai pertandingan di dalam suatu perlawanan bola sepak di luar nega… Read More
  • Sakit kepala boleh berjangkit Sakit kepala yang dialami terjadi atas beberapa faktor seperti kurang waktu tidur, masalah dari segi makanan dan minuman, tekanan perasaan dan lain-lain masalah kesihatan dalaman.  Sakit kepala boleh mendatangkan mud… Read More
  • Apa bendanya kek pondan? Pondan (juga dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai,Sama Species) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wani… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan