Nassier Wahab meninggal dunia


Penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya, lapor Astro Gempak.

Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.

Selepas pembedahan tersebut, penyanyi lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali pulih.

Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.

Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.

Semua segala amal dan sedekah jariah yang dibuat arwah diterima dan arwah diberi rahmat Allah SWT. Aamiin.

Related Posts:

  • Jamal Muhamad meninggal dunia Pak Cik Jamal atau Jamal Muhamad, berusia 75 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11.00 pagi, 7 Mei 2014 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya. Jamal yang juga personaliti televisyen vetera… Read More
  • Aziz Sattar (Bujang Lapok) meninggal dunia Al-Fatihah... "Berakhirlah sudah kisah perjalanan trio Bujang Lapok. Dimulai dengan pemergian P. Ramlee pada 1973, kemudian S. Shamsuddin pada 2013, dan kini Aziz Sattar pada 2014....." Dalam usia 89 tahun, pela… Read More
  • Sidek Hussain (pelakon) meninggal dunia Pelakon Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di sisi isterinya, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 11.55 malam (27 April 2014), akibat kanser tahap empat. Allahyarham dimasukkan ke HKL sejak Selasa lalu selepas keadaan kanser d… Read More
  • Datuk Osman Jantan meninggal dunia Pelawak terkenal era tahun  1980-an, Datuk Osman Jantan atau lebih dikenal dengan nama Ali Mamak meninggal dunia dalam pukul 4.20 pagi, 27 Mac 2014. Alllahyarham yang mula dikenali melalui sitkom "Santan Berlada" m… Read More
  • Gambar Neelofa tak pakai seluar dibongkarkan? Artis yang sedang "meletop" dan masih lagi "bergas" iaitu Neelofa dilihat sering mengekalkan asetnya pada tahap terbaik agar releven dengan pasaran dunia hiburan semasa di Malaysia. Apa sahaja mengenainya pasti akan menj… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan