Malaysia lawan Indonesia : Keputusan Peringkat Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011

 
Stadium Gelora Bung Karno



KEPUTUSAN PENUH



MALAYSIA                       1       1                   INDONESIA
Minit 35                                                           Minit 5
(Asraruddin Putra Omar)                                   (Gunawan)


Sepakan Penalti :

MALAYSIA  4      3  INDONESIA


Malaysia menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Bau-bau kemenangan Malaysia semakin kuat apabila penjaga gol muka bajet Korea iaitu Khairul Fahmi Che Mat berjaya menampan sepakan penalti terakhir dari pemain Indonesia.  Kapten pasukan Malaysia iaitu Baddrol Bakhtiar dengan muka biasa-biasa, berjaya melepaskan sepakan padu untuk memberikan pingat emas sukan bola sepak kepada Skuad Harimau Muda.  Emas sukan bola sepak dianggap "ibu" segala pingat di Sukan SEA ini.

Walaupun sepakan dari Baddrol Baktiar itu berjaya ditampan oleh penjaga gol Indonesia, tetapi di atas kekuatan yang ada pada sepakan dari kapten Harimau Muda ini, bola bergolek masuk ke dalam gawang gol Indonesia.  Siapa kata rezeki tidak datang bergolek...kan..kan.. kan...?

**p/s :  

1. Kali ini barulah saya dapat dengar dengan jelas lagu "Negaraku" dinyanyikan.  Tidak ada lagi gangguan bunyi dan lain-lain perbuatan dari penyokong Indonesia yang biadap.

2. Semua yang bermain untuk acara bola sepak Sukan SEA 2011 kali ini adalah wira tetapi apabila tibanya babak penentuan pemenang melalui sepakan penalti, fokus wira lebih tertumpu pada penjaring sepakan penalti terutamanya yang menjadi kunci kemenangan iaitu penjaga gol Khairul Fahmi dan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar.

3. Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia (Harimau Muda), dibawa pulang lebih awal berbanding deligasi sukan Malaysia yang lain dengan menggunakan pesawat sewa khas kerana memerlukan rehat secukupnya di mana Harimau Muda akan menentang Syria dalam pusingan kelayakan Olimpik, Rabu ini.

Related Posts:

  • Dato' Haji Hasbullah Awang meninggal dunia Dato' Haji Hasbullah Awang iaitu pengulas sukan tersohor di Malaysia yang mengalami komplikasi jantung diberitakan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Institut Jantung Negara, beberapa jam tadi (12 Februari … Read More
  • Apabila bomba bersukan Bomba seperti mana yang diketahui umum dalam ayat yang mudah ialah sekumpulan orang yang bertugas memadamkan kebakaran dan ada ketikanya melakukan tugasan yang tidak ada kaitan dengan kebakaran seperti menyelamatkan mangs… Read More
  • Nasihat TMJ pada persatuan bola sepak negeri dan FAM Berikut merupakan ucapan dari Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang ditujukan untuk pengurusan persatuan bola sepak di Malaysia dan juga kepada pihak FAM.  Ucapan ini dipeti… Read More
  • Tarian dan nyanyian Ultras Taming Sari   Tidak perlu dipertikaikan lagi, Ultras Taming Sari adalah pencetus semula gelombang penyokong dan peminat bola sepak di Melaka khasnya dalam menyokong pasukan bola sepak negeri Melaka. Membawa konsep sokongan da… Read More
  • Paralimpik Rio : Pecah rekod dunia, Latif Romly hadiahkan emas ketiga negara ATLET Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan c… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan