Resipi Nasi Beriani


Bahan A:
1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
4 biji buah tomato (dipotong dadu)
3 biji cili merah (dibelah dua)
3 biji cili hijau (dibelah dua)
100 gm daun pudina (dipotong kasar)
100 gm daun ketumbar
1 liter air
1 cawan susu cair (akak guna susu segar)
4 sb. minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
garam secukup rasa
1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)

Bahan B:- (untuk tumis)
5 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris halus)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 bj. buah pelaga
daun kari

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
  4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
  6. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
  8. Hidangkan nasi dengan taburan gajus dan makan bersama daging prun dan acar.

Related Posts:

  • Resipi Puding Raja Bahan-bahan serta cara-cara untuk membuat Puding Raja : Roti Jala Mas. 5 biji kuning telur dibuang tali pusatnya 1 cawan gula * 2 cawan air * Sehelai daun pandan disimpul * Sama ada acuan roti jala muncung kecil atau … Read More
  • Resipi Kek Coklat Keju Kukus Bahan Pertama (diayak) : -2 cwn tpg gandum -1 1/2cwn serbuk koko -1 tepong soda bikarbonat -1 baking powder Bahan Kedua : (dikisar) - 1 tin susu cair - 1 cwn minyak masak - 1 cwn air - 2 bj telur * tuang adunan kedua… Read More
  • Resipi nasi ayam penyet   Untuk Ayam Bahan-bahan: 1 ekor ayam  -potong 4 dan asingkan bahagian isi dengan yang bukan isi seperti kaki, kepak,leher, tulang dada untuk di buat sup 1 keping tempe -  dalam paket 4  keping tauhu… Read More
  • Resipi Jemput-jemput daging Makanan ini seolah sama dengan jenis jemput-jemput yang lain yang mana bahan utamanya ialah tepung, air dan garam.  Dalam artikel ini saya kongsikan resipi "simple" ini yang asalnya datang dari Marina. Walaupun ri… Read More
  • Kek Belacan : resipi dari Sarawak Namanya sahaja sudah mampu membuatkan sesiapa yang mendengar atau membacanya buat pertama kali, berkerut dahi dan tersenyum sinis.  Namun ia tidaklah melambangkan belacan sebenar digunakan di dalam resipi kek istime… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan