Tawaf : syarat sah & perkara-perkara sunat.


Tawaf adalah perlakuan mengelilingi ka'abah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh umat Islam dan hanya dilakukan di Masjidil Haram di Mekah.

 Syarat sah bertawaf :

  • Suci daripada hadas dan dalam keadaan berwuduk
  • suci badan / pakaian / tempat tawaf daripada najis
  • Menutup aurat seperti mana dalam sembahyang
  • Bermula daripada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf jika tawaf  Wada’  / Sunat/  Nazar
  • Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
  • Berjalan bertujuan tawaf bukan bertujuan lain
  • Cukup 7 kali keliling dengan yakin
  • Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan
Antara perkara-perkara sunat semasa Tawaf :
  • Berjalan kaki
  • Beridtiba' (memakai ihram dalam keadaan bahu kanan dinampakkan), sunat bagi lelaki pada tawaf yang diiringi dengan saie
  • Mengucup Hajarul Aswad ketika permulaan tawaf
  • Istilam Hajarul Aswad atau melakukan isyarat tangan dengan tapak tangan ke arah Hajarul Aswad
  • Melakukan ramal (berlari-lari anak)
  • Berturut-turut mengelilingi Ka'abah sehingga tujuh pusingan
  • Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk
  • Berdoa atau berzikir semasa tawaf
  • Melakukan solat sunat tawaf dua rakaat setelah selesai bertawaf.
~p/s: jika ada kesilapan pada mana-mana bahagian dalam penulisan saya ini saya dahului dengan memohon keampunan dari Allah SWT. Saya cuba yang terbaik dengan mengambil rujukkan dari beberapa sumber yang dirasakan boleh dipercayai.  Anda dinasihatkan berguru dengan "guru agama" yang bertauliah dan bebas dari pengaruh busuk politik.

Related Posts:

  • Video : Sifat ihsan dalam diri manusia Di akhir zaman ini, seperti mana yang disiarkan di media massa, kekejaman dan keganasan berleluasa di segenap dunia. Penindasan dan pencabulan hak hidup dengan aman menjadi suatu kebiasaan pada golongan yang tamak dan ya… Read More
  • Bersedekah dengan lebih kreatif   Sedekah mempunyai banyak manfaat, antaranya dimurahkan rezeki, ditolak bala dan sebagainya. Orang yang dalam keadaan miskin, susah dan sukar mendapat rezeki digalakkan bersedekah supaya dapat rezeki yang luas. K… Read More
  • Rahsia sebenar YAKJUJ dan MAKJUJ Sila baca artikel ini dengan minda yang bersih dan terbuka Selama hampir 1400 tahun, umat Islam telah bertanyakan perihal yang salah mengenai Yakjuj dan Makjuj.  Soalan yang biasa diajukan ialah "Siapakah Yakju… Read More
  • Bekas model lebih mengerti keperluan MENUTUP AURAT Orang yang sudah Islam atau lahir dalam keluarga Islam pun masih tak "menutup aurat". Kalau ada pun yang bertudung, tapi pakaiannya masih tidak memenuhi spesifikasi menutup aurat yang dikendaki syariah, contohnya mema… Read More
  • Sembilan Jeneral Perang Termasyhur Dalam Sejarah Islam Jika kita menyingkap kembali lembaran sejarah Islam, pasti akan melihat sesuatu yang tidak boleh diabaikan iaitu  mengenai kehebatan dan kemasyuran wira-wira Islam yang sangat tersohor dengan kehandalan mereka dal… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan