Resipi Kuih Lopes


Bahan-bahan :

- 500gm pulut

- 1 sudu makan air kapur

- 6 helai daun pandan (kisar bersama sedikit air dan tapis ambil patinya)

- Sedikit pewarna hijau (masukkan ke dalam pati pandan)

- Sedikit garam (masukkan ke dalam pati pandan)

- Air secukupnya

- Daun pisang yang lebar

- Tali (untuk mengikat
1/2 biji kelapa parut putih + secubit garam)

Cara membuat :

1. Rendam pulut bersama dengan air kapur semalaman atau 4 jam.

2. Setelah direndam, basuh semula pulut dan toskan sehingga kering air.

3. Masukkan pulut kedalam periuk dan masukkan pati pandan dan sedikit air sehingga paras air sama dengan paras pulut.

4. Tanak pulut seperti cara hendak masak nasi. Kacau berterusan.

5. Apabila air kering, tutup api dan tutup periuk dan biarkan sebentar.

6. Layur daun pisang dan seterusnya lap daun pisang dengan kain bersih.

7. Daun pisang haruslah lebar supaya boleh digulung 2-3 kali.

8. Kacau rata pulut terlebih dahulu dan letakkan 2 senduk atau lebih pulut keatas daun pisang, bergantung kepada saiz daun anda. Gulung dan padatkan.

9. Ikat di hujung yang pertama dan kemudian mengunakan sudu yang dicelup air, tekan pulut dibahagian hujung yang satu lagi supaya pulut padat.

Tekan sedikit bagi memastikan ia padat dan seimbang. Kemudian ikat dengan tali bahagian yang satu lagi sehingga menjadi seperti gambar dibawah.

10. Buat sehingga habis pulut. Untuk 500gm, anda akan memperolehi 3 gulung pulut.

11. Masukkan pulut yang telah dibalut kedalam periuk dan masukkan air sehingga sama paras.

12. Rebus sehingga air kering atau dalam 2 jam. Angkat dan toskan.

13. Untuk memotong kuih lopes dengan cantik, guna benang.

14. Ikat benang pada sesuatu. Buka separuh daun pisang letakkan ditangan kiri, tegangkan benang mengunakan tangan kanan anda untuk memotong pulut.

15. Gaulkan pulut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Hidangkan bersama air gula melaka.

Bahan air gula melaka:

° 300gm gula melaka
° 250ml air - tambah jika perlu
1/2 tsp tepung beras/gandum - untuk memekat

Cara membuat :

1. Masukkan gula melaka dan air dan masak sehingga gula melaka larut.

2. Angkat dan tapis untuk membuang bendaasing dalam gula melaka.

Masukkan semula ke dalam periuk.

3. Masukkan bancuhan tepung, bancuh tepung dengan sedikit air.

4. Kacau sebati dan masak sehingga pekat.

Related Posts:

  • Resipi Dodol Asli Bahan : 1000 gm tepung beras 300 gm tepung pulut 1.5L santan kelapa 500 ml air 200 gm gula pasir 800 gm gula merah/melaka 150 ml minyak jagung 3 helai daun pandan Cara Membuat : 1. Gaulkan santan dengan tepung pulut dan… Read More
  • Resipi Kuih Lopes Bahan-bahan : - 500gm pulut - 1 sudu makan air kapur - 6 helai daun pandan (kisar bersama sedikit air dan tapis ambil patinya) - Sedikit pewarna hijau (masukkan ke dalam pati pandan) - Sedikit garam (masukkan ke … Read More
  • Resipi Agar-Agar Kering Bergula Biasanya pada zaman ini, ada sebilangan masyarakat kita dah tak kuasa nak buat sendiri kuih untuk jamuan tetamu yang berziarah di hari raya ataupun di hari² yang biasa. Paling mudah ialah membeli kuih yang "ready made"… Read More
  • Resipi Kuih Denderam Berikut adalah bahan-bahan serta cara pembuatan kuih denderam atau ada sesetengah tempat menamakannya sebagai "telinga keling" dan "peniram". Bahan-bahan : - 1 peket tepung beras (500grm) - 400gram gula merah - 230ml… Read More
  • Resipi Kuih Serabai Kuih ini suatu ketika dahulu kerap dihidangkan semasa kenduri arwah. Oleh sebab itu ia juga digelarkan sebagai "kuih orang mati".  Dinamakan sebagai "Kuih Serabai" kerana bentuk rupa permukaan kuih berkenaan seper… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan