Resipi Ayam Percik Kelantan


Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian


Bahan Perapan :

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa


Bahan untuk kuah :

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam


Cara Memasak :

1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.

2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.

3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.

4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.

5. Angkat.

6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.

7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.

8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.

9. Siap!

Related Posts:

  • Resipi Tiramisu Kit Kat Bahan-bahan : Kit Kat 300g sponge finger 5 tbsp gula halus 250g mascarpone cheese 2 kuning telur 550ml heavy cream 200g serbuk koko 1 tbsp serbuk espresso 1 cawan air panas Buah dan bunga yang boleh dimakan (sebagai h… Read More
  • Resipi udang galah goreng bercili Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang … Read More
  • Resipi Ice Cream Oreo Bahan-bahan : 2 1/2 cawan susu penuh krim Dutch Lady 2 1/2 cawan Nestle coffee mate powder 1 paket biskut Oreo Cara Membuatnya : 1. Cara-cara nak buat senang sangat, masukkan susu Dutch Lady dan Nestle coffee mate dala… Read More
  • Resipi Lemon Cake Bahan-bahan : 1 1/2 cawan mentega / butter, suhu bilik 2 1/2 cawan gula castor 6 biji telur, suhu bilik 3 cawan tepung kek, diayak sebanyak 2 kali 1 cawan heavy whipping cream 1 sudu besar ekstrak vanilla 1 sudu teh ekst… Read More
  • Resipi Apam Cornetto Bahan-bahan untuk membuat "Apam Cornetto" : 4 biji telur 2 cawan gula kastor (guna secawan pun boleh) 3 cawan tepung gandum 3/4 cawan air ais krim soda * nak bagi lembut masukkan 1 sudu teh ovalette - telur, gula dan ova… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan