Resipi Kuih Denderam


Berikut adalah bahan-bahan serta cara pembuatan kuih denderam atau ada sesetengah tempat menamakannya sebagai "telinga keling" dan "peniram".

Bahan-bahan :


- 1 peket tepung beras (500grm)
- 400gram gula merah
- 230ml air

Cara membuat :

- Masak gula merah dengan air sampai mendidih sehingga gula hancur.

- Tuang (tapis) air gula yg masih panas itu ke dalam tepung.


- Gaul sebati, tutup bekas dan perap selama 6 jam ke atas.

- Uli semula tepung untuk pastikan tepung tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras (Kalau lembik tambah tepung sedikit sambil uli. Jika keras tambah air panas sedikit sambil uli)


- Sebelum nak mencanai, lapik  plastik di tempat untuk mencanai, sapu minyak pada pemukaan plastik berkenaan dan peralatan yang lain supaya adunan tidak melekat serta memudahkan kerja.

- Kemudian anda boleh mula canai dan menekap acuan pada adunan.

- Goreng dalam minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Selepas itu, kecilkan sedikit api dan mulakan menggoreng.

- Masa yang diperlukan untuk menggoreng itu tidak lama. Apabila kuih sudah naik ke pemukaan minyak terus terbalikkan 2 atau 3 saat dan terus angkat.

- Anda perlu toskan minyak yang ada pada kuih yang telah siap dimasak itu.



Related Posts:

  • Cara membuat ikan pekasam Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat sendiri ikan pekasam. Boleh menjadi perusahaan dan perniagaan kecil-kecilan di rumah. Tak perlu modal duit yang besar atau kedai.  Untuk memasarkannya, terpulang pada id… Read More
  • Resipi Dodol Asli Bahan : 1000 gm tepung beras 300 gm tepung pulut 1.5L santan kelapa 500 ml air 200 gm gula pasir 800 gm gula merah/melaka 150 ml minyak jagung 3 helai daun pandan Cara Membuat : 1. Gaulkan santan dengan tepung pulut dan… Read More
  • Resipi Pembuatan Belacan Bahan dan cara penyediaan : 1) Ikan, udang kecil atau udang geragau (boleh campur) disiang dan dibersihkan dicampur dengan garam dgn nisbah 20% dan digaul rata. 2) Letakkan adunan bergaram itu ke dalam nyiru dan dirat… Read More
  • Resipi Pulut Mangga Bahan-bahan : (untuk pulut mangga) ● 400 gram beras pulut, rendam semalaman ● 1 cawan santan pekat ● 1 cawan santan cair ● 2-3 sudu besar gula ● sedikit garam ● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang ● 2 sudu … Read More
  • Cara membuat lobak asin Bahan-bahan : -1kg isi lobak putih (bersihkan dan potong) -Garam kasar - 200 gm -Cuka mkn - 1/2 cwn -Gula 250 gm Cara membuat : 1. Sediakan besen yang bersih dan bubuh garam 2. Ramas garam dengan lobak hingga rata 3. … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan