Monyet pun boleh jadi boroi berlebihan


THAILAND - Berat seekor monyet yang dikenali sebagai Uncle Fatty kini telah mencecah 15kg - dua kali ganda berbanding monyet spesis yang sama - gara-gara tabiatnya yang suka makan dan sering meminta makanan dari pelancong.

Kelibat Uncle Fatty boleh dilihat di sebuah pasar di Bangkok dan akibat dari tabiaat itu, perutnya membuncit secara melampau.

 

Tinjauan oleh pihak hidupan liar negara itu baru-baru ini mendapati Uncle Fatty dilihat memakan jagung, mee, tembikai, kelapa dan pelbagai jenis minuman yang diberi oleh pengunjung di pasar terbabit.

Susulan keadaannya mencecah tahap obesiti, Uncle Fatty telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Kumpulan konserversi yang dikenali sebagai Pencinta Monyet itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati keadaan kesihatan Uncle Fatty tidak membimbangkan. "Ia cuma gemuk tetapi kesihatannya baik, beratnya yang keterlaluan itu kerana memakan apa saja yang diberi pengunjung pasar," kata wakil kumpulan itu, Kawinoat MongKholtechaphat.

Bagaimanapun, Taman Negara, Hidupan Liar dan Konservasi telah memindahkan Uncle Fatty ke Pusat Hidupan Liar Nakhon Nayok untuk menjalani pemerikaan kesihatan terperinci.

Related Posts:

  • Rumah yang mesra kucing Saya minat kucing, malah Nabi Muhammad SAW juga membela kucing dan mempunyai kucing kesayangan yang diberi nama "Mueeza". Sesiapa yang membela kucing ataupun apa jua haiwan lain, wajiblah menjaga juga kebajikkan haiwa… Read More
  • Monyet pun boleh jadi boroi berlebihan THAILAND - Berat seekor monyet yang dikenali sebagai Uncle Fatty kini telah mencecah 15kg - dua kali ganda berbanding monyet spesis yang sama - gara-gara tabiatnya yang suka makan dan sering meminta makanan dari pelancong… Read More
  • Video aksi kucing yang kelakar Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang sangat popular di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Dalam sejarah agama Islam, kucing memiliki keistimewaan lawanan yang tinggi. Baginda Nabi Muhammad SAW berpesan ke… Read More
  • Hidupan yang mungkin tidak disedari kewujudannya Tiada siapa yang tahu dengan pasti berapa banyak sebenarnya spesies haiwan yang ada di Bumi. Malah, kira-kira 10,000 spesies haiwan yang ditemui setiap tahun, dengan lebih satu setengah juta telah didokumenkan. Jang… Read More
  • Video kucing comel melampau Kucing (Jawi :کوچيڠ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahu… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan