Assalamualaikum...
Saya sendiri menyaksikan detik-detik sebelum lori berkenaan terbabas dan rebah di persimpangan lampu isyarat Jalan Hang Tuah, Melaka, berhadapan dengan Bank Rakyat dan berhampiran dengan Kompleks Hang Tuah. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 11.30pagi tadi ( 17 Februari 2011 ). Bomba dan Ambulans telah datang ke tempat kejadian lebih kurang 5 minit kemudian.
Pada pandangan peribadi saya, melihat dari masa sebelum lori berkenaan kemalangan hingga detik-detik ianya rebah, ianya berlaku atas kecuaian dan kegopohan pemandu lori yang memandu terlalu laju kerana ingin mengejar masa di lampu isyarat sehinggakan lorinya itu "membuang" dan rebah ke sebelah kiri lori dan melanggar seorang dewasa yang berusia lebih kurang 50 tahun ke atas, yang dipercayai "orang pejabat" di pejabat berhampiran (memakai baju corak batik berunsur warna kebiruan) yang sedang berada di tepi jalan untuk melintas.
Nasib baik lori berkenaan rebah sebelum ianya melalui tempat di mana "orang pejabat" berkenaan berdiri. Maka impak dari pelanggaran itu tidak kuat dan mangsa itu boleh bangun dengan sendiri. Kereta yang berada hampir di tempat kejadian itu mengalami kerosakkan di bahagian belakang.
Kemalangan di Jalan Hang Tuah Melaka
By Admin at 12:40:00 pm
kemalangan
Related Posts:
Pesawat AirAsia AK 278 kemalangan Sebuah pesawat AirAsia dilapor tergelincir ketika sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang 7 Julai 2014. AirAsia turut mengesahkan terdapat insiden membabitkan Penerbangan AK 278 di lap… Read More
Guraunya Benar Belaka - Cor Pan mangsa nahas MH17 Gurauan seorang penumpang warga Belanda dengan memuat naik gambar di laman Facebooknya beberapa minit selepas menaiki pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 bahawa ia akan 'hilang', akhirnya bertukar menjadi kenyataan.… Read More
Cerucuk besi menembusi pipi kanak-kanak "harapkan penutup longkang, penutup longkang tak boleh diharap" SEORANG murid lelaki berusia 10 tahun tercucuk besi longkang sehingga menembusi pipinya dalam kejadian di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu, Sab… Read More
Murid TADIKA lemas dalam kolam kumbahan Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas van dinaiki terjatuh ke dalam kolam kumbahan. Kejadian berlaku di Jalan Pertanian 40, Taman Universiti pada pukul 1130 pagi, 14 April 2014. Ketu… Read More
Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kemalangan! Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi (13 Mei 2014). DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan… Read More