Paralimpik Rio : Pecah rekod dunia, Latif Romly hadiahkan emas ketiga negara


ATLET Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima.

Atlet yang berasal dari Perlis itu dalam lompatan kedua, ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m.



Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula sekadar mencatatkan 6.79m.

Pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak lalu, Abdul latif mencatatkan lompatan sejauh 7.46 meter, mengatasi catatan peribadi terbaiknya 7.35m yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2015 di Doha.

Beliau merupakan antara atlet yang disebut-sebut sebagai prospek pingat untuk negara sebelum pemergian kontinjen negara ke Rio.

Terdahulu, Malaysia meraih emas pertama di Paralimpik Rio dalam acara 100m T36 (celebral palsy) yang disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dengan rekod baharu dunia.

Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).


Sumber : astro AWANI

Related Posts:

  • Empat perkara membuktikan JDT menghargai bakat pemain muda Pemain muda perlu wujud dalam kesinambungan mengekalkan empayar Harimau Selatan supaya terus kukuh. Seperti yang dititahkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja bahawa JDT tidak akan sesekali m… Read More
  • Liga Super Malaysia : 16 Julai 2019 Dua perlawanan Liga Super Malaysa berlangsung pada 16 Julai 2019, melibatkan JDT bertemu PJ City di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos dan Melaka United melayan kunjungan PKNS di Stadium Hang Jebat. KEPUTUSAN PENUH JDT … Read More
  • Liga Super Malaysia : 13 Julai 2019 ( Sabtu ) Sebanyak empat perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung pada malam 13 Julai 2019, melibatkan pasukan bola sepak Kedah - Perak, Kuala Lumpur - JDT, PKNP - Felda United dan Selangor - Petaling Jaya City. Perlawanan bermula… Read More
  • Liga Super Malaysia : 17 Julai 2019 Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 17 Julai 2019 di Stadium Darul Makmur. KEPUTUSAN PENUH Pahang 3 - 1 Felda United 14' Lazarus Kaimbi ( Pahang ) 28' S. Chanturu ( Felda Unite… Read More
  • Liga Super Malaysia : 12 Julai 2019 ( Jumaat ) Hanya satu perlawanan berlangsung pada malam ini dalam pertandingan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 12 Julai 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu. Ia melibatkan pa… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan