Penipuan syarikat telekomunikasi yang mungkin anda tidak tahu


Sebenarnya banyak penipuan yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada pengguna telefon mudah alih.

Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, pelbagai penipuan didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

"Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu"

"Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?"

#1 Perayauan Antarabangsa (Roaming) – Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada TELCO, pihak berkenaan kemudian mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.

#2 Kehilangan Kredit Pra-Bayar – TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan?

#3 Pelan Data Internet – Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.

#4 Kesahihan Baki Data Internet – Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet, perlu buat pembayaran tambahan.

#5 Penalti Bayaran Lewat – Ada aduan diterima PPIM, pelanggan TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.

#6 Panggilan Tidak Berjawab – Panggilan pelanggan TELCO jika tidak dijawab, ia tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.

#7 Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO – Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.
Sudah terlalu lama, pengguna dan orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh TELCO serta bukan sedikit yang menjadi mangsa.

Itu baru sebahagian daripada penipuan Telco di negara ini. Penipuan seperti pakej data unlimited tetapi kemudiannya habis dan perlu beli kuota lain dan macam-macam lagi penipuan yang wujud.

Persoalan lebih besar, apa tindakan kementerian berkaitan pengguna dan komunikasi ? Bertuah la kalau nak mengaku ‘kita tak tahu…kita tido je kat Putrajaya tu’. … Rasanya sudah beribu aduan mengenai perkara-perkara ini diketengahkan selama puluhan tahun.

***Kami difahamkan jika anda mempunyai isu dengan servis dan telah membuat aduan kepada TELCO terbabit tetapi masih gagal menyelesaikan masalah atau aduan tersebut tidak mendapat respon, anda boleh membuat aduan kepada pihak Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia ataupun pada Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.

Related Posts:

  • Hati-hati! Ada telur ayam palsu Seperti yang pernah dimaklumkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), yang menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran. Mengikut s… Read More
  • BDSM : kegilaan nafsu melampau BDSM adalah pelbagai amalan erotik melibatkan penguasaan dan penyerahan, peranan bermain, sekatan, dan lain-lain kesanggupan diri. Memandangkan ia mengandungi pelbagai jenis amalan, kemasukannya dalam masyarakat, perke… Read More
  • Video pidato umum DSAI Di Universiti Malaya   Pada 27 Oktober 2014, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke perkarangan pintu masuk Universiti Malaya untuk memberi pidato atas jemputan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.   Terdahulu pihak Universiti… Read More
  • Penipuan kad kredit dan duit bank yang nampak macam "real" Sindiket penipuan kad kredit ataupun kad debit telah berleluasa sejak kebelakangan ini dan kaedah penipuan pula semakin lick dan canggih. Ramai yang sudah menjadi mangsa penipuan sindiket seperti ini Masih ramai orang … Read More
  • Usahawan Melayu lalai dalam isu hakcipta Salam sejahtera... Hal seperti isu Yatt Hamzah yang mana  tudung jenamanya sendiri iaitu SUCI didakwa beliau telah ditiru oleh peniaga lain. Dalam hal ini, beberapa perkara saling berkaitan yang berpunca dari tudung… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan