Soalan yang mungkin ditanya masa interview untuk hantar borang nikah



Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. 

Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.


Soalan yang mungkin akan ditanya masa interview untuk hantar borang nikah di kebanyakkan tempat :

1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.
2. Baca Surah Al-Fatihah
3. Baca doa qunut
4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
5. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
6. Tanggungjawab suami/Isteri.


1. Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis

2. Hadas ada dua.. hadas besar, hadas kecil.

3. Sebelum lakukan ibadah wajib:
Hadas besar kena mandi wajib.
Hadas kecil kena wuduk

4. Bahagian najis,
- Najis muhaffafah
- Najis Mutawassitah
- Najis Mughallazah

5. Tanggungjawab suami:
- Menunaikan perintah/hak Allah
- Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
- Beri nafkah pada isteri.
- Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
- Melindungi isteri

6. Munakahat - ilmu tentang perkahwinan.

7. Rukun nikah
- pengantin lelaki
- pengantin perempuan
- wali
- saksi
- Sighah - Ijab dan Qabul


Sumber  :   Ustaz Abdullah Khairi

Related Posts:

  • 6 cara mendapat pahala dari Facebook Facebook kini telah menjadi satu laman web sosial yang dianggap "gergasi" di internet, sehinggakan agak aneh jika ada antara kita pada hari ini tidak mempunyai akaun di Facebook.   Laman web ini digunakan untuk pe… Read More
  • Fatwa (hukum) mengenai derma darah   Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Buk… Read More
  • Bersedekah dengan lebih kreatif   Sedekah mempunyai banyak manfaat, antaranya dimurahkan rezeki, ditolak bala dan sebagainya. Orang yang dalam keadaan miskin, susah dan sukar mendapat rezeki digalakkan bersedekah supaya dapat rezeki yang luas. K… Read More
  • 10 kebaikkan seorang wanita yang bertudung (hijab) Salah satu kewajiban seorang wanita / perempuan ialah menutup aurat. Dengan menggunakan tudung, aurat seorang wanita akan tertutup. Maka dari itu, mahu atau tidak, wanita harus menggunakan tudung. Kalau pun awalnya ki… Read More
  • Budaya bersedekah di luar negara Malaysia Sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada pemahaman biasa masyarakat kita yang kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu berseifat kebendaan. Sebenarnya sedekah merangkumi sesuatu yang bersifat material dan non-mater… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan