Assalamualaikum...
Sememangnya dalam perniagaan, kita memerlukan semangat dan fikiran yang luar biasa dari mereka yang makan gaji. Cabaran yang dihadapi berkali-kali ganda dari mereka yang tidak berniaga. Sekiranya mereka yang berniaga cuma ikut-ikutan sahaja, kemungkinan besar mereka ini tidak akan bertahan atau meneruskan perniagaan yang diusahakan apabila menghadapi masalah dan kesukaran.
Minat dan kesungguhan perlu ada dalam setiap perkara yang kita usahakan. Jika tidak, seseorang itu akan mudah mengalah apabila menghadapi kesukaran dalam perniagaan. Sekarang sudah masuk tahun kedua saya membuka kedai di Kompleks Hang Tuah, Melaka. Hampir melepasi "3 tahun sumpahan" bagi usahawan-usahawan yang baru dalam dunia perniagaan. Jika nak diikutkan, syarikat saya sudah berusia lebih dari tiga tahun, tapi tahun awalnya saya memulakan perniagaan di rumah.
Bulan Julai nanti saya perlu membuat keputusan penting bagi memastikan kelangsungan operasi syarikat saya di premis yang disewa dari MARA Melaka. Saya terpaksa mengorbankan salah satu perkhidmatan syarikat saya bagi mengurangkan kos operasi. Pada fikiran saya, ianya lebih baik dari pada terus mengalah dengan cabaran yang datang.
Berniaga ini bukan mudah untuk berjaya. Kita kena tempuhi ranjau berliku, kesusahan yang berangkai sebelum mencapai kegemilangan dan kenikmatan dalam perniagaan. Sekiranya ini dapat dilakukan, maka ianya telah menepati maksud tersirat yang ada dalam perkataan keramat iaitu "USAHAWAN".
Kurangkan kos pada masa yang sesuai
By Admin at 3:02:00 pm
Related Posts:
Segmen Satu Gambar Bercerita : Ahli Politik Assalamualaikum... Ahli politik kena baik dengan semua orang terutamanya di kawasan jagaannya. Kalau pihak lain, banyak pula "ustaz-ustazah periuk nasi" berdondang-dendang soal moral dan dosa, tapi kali ini berbeza. … Read More
Segmen Satu Gambar Bercerita : PersidanganSalah satu persidangan yang dihadiri oleh suku sakat Ultraman. Assalamualaikum... Pasti ada antara kita yang pernah menyertai mesyuarat mahupun persidangan. Dan ia seringkali dilihat sebagai sesuatu yang membosankan le… Read More
Segmen Satu Gambar Bercerita : Bahasa Assalamualaikum... Sila perhatikan dan fahamkan situasi pada gambar di atas. Adakah perkara yang berlaku ini kerana salah guru bahasa atau guru matematik? Apa pendapat kalian semua...?… Read More
Nama yang gempak : apasal la macam ni? Assalamualaikum...salam sejahtera... Masih saya ingat lagi waktu sekolah rendah dan awal sekolah menengah, kawan-kawan di sekolah suka main ejek-ejek nama kawan-kawan atau nama bapa kawan-kawan yang agak pelik dan kelakar.&… Read More
Segmen Satu Gambar Bercerita : Sejuk Assalamualaikum... Sejuk sering dikaitkan dengan suhu ataupun cuaca, namun perkataan berkenaan juga dikaitkan dengan perkara yang secara dasar dan realistiknya tidak kena mengena dengan faktor suhu mahupun cuaca … Read More