Membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan Peringgit, Melaka

 
Bazar Ramadhan di Peringgit, Melaka

Assalamualaikum....

Artikel ini dikarangkan dikala menantikan azan maghrib dan masuknya waktu berbuka puasa bagi negeri Melaka.  Juadah ini di beli di Bazar Ramadhan di Peringgit, Melaka  yang berhampiran dengan Hospital Besar Melaka dan laluan ke arah Ayer Keroh melalui Bukit Sebukor.

Juadah yang dibeli ialah Nasi ayam serta air tembikai susu.  Kesemuanya berjumlah RM5.50.  Pada pemerhatian saya harga jualan adalah pada tahap "biasa" tetapi yang masih menjadi soal pokok dalam perniagaan jenis penjajaan ini ialah kebersihan.

Saya memerhatikan ada penjual yang masih tidak sungguh-sungguh menjaga kebersihan.  Ada peniaga atau penjual yang membiarkan sahaja lalat menghinggapi juadah yang dipamerkan.  Malah saya sendiri telah menegur seorang penjual makanan mengenai seekor lalat yang "baik punya parking" di celahan ayam jualannya.  Nampaknya penjual itu tidak ada satu alat mahupun usaha untuk menghalau lalat dan lain-lain serangga yang cuba datang menghinggapi makanan yang dijualnya. 

Di tempat seperti bazar ramadhan ini, boleh menjadi tempat "jejak kasih" kerana ada kemungkinan kita akan berpeluang untuk berjumpa dengan kenalan yang sudah beberapa lama tidak ketemu, juga saudara mara yang dah beberapa purnama tidak lihat "batang hidungnya".

Kepada sahabat-sahabat blogger, berhati-hatilah ketika membeli makan di bazar ramadhan.  Biarlah kita berjalan jauh, mencelah-celah di dalam kesesakan manusia asalkan makanan dan minuman yang kita beli itu bersih dan bebas dari sebarang jangkitan kuman, insya Allah....


**p/s : "jodoh" juga boleh ditemui di bazar ramadhan

Related Posts:

  • PENAWAR kencing manis mengikut kaedah perubatan Islam Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan… Read More
  • Buah Binjai : ramai juga yang tak tahu Mengikut pengalaman saya semasa di Karnival Jualan Buah-buahan Tempatan : "Jom Makan Buah" (6 - 10 Disember 2013) di Presint 2 Putrajaya yang diadakan di Laman 1 Malaysia anjuran FAMA, ramai juga yang tidak mengenali ak… Read More
  • Resepi Bubur Talbina (Barli) Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh un… Read More
  • Resepi Popia Simpul (serunding udang kering)   Popia simpul merupakan antara makanan ringan yang agak popular di kalangan masyarakat Melayu dan mungkin juga di kalangan rakyat Malaysia yang lain. Ianya biasa di makan pada waktu-waktu minum petang dan tempahan p… Read More
  • Jenis-jenis ulam di Malaysia   Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan yang dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusi… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan