Makan durian di Masjid Kampung Hulu, Melaka

 
Ada tiga jenis durian yang dihidangkan di Masjid Kampung Hulu pada malam hari ke dua Ramadhan.


Assalamualaikum....

Syukur kerana malam ini (02/08/2011) dapat sekali lagi bertarawih di salah satu masjid yang bersejarah di negeri Melaka ini.  Walaupun terletak di kawasan bandar, namun suasana kampung masih terasa dengan senda gurau kasau (kasar) orang-orang Melake...

Pada jamuan makan berdulang selepas solat sunat tarawih ni, kuih muih hampir sama dengan malam-malam sebelumnya, air asli jus tembikai berserta isi-isi tembikai masih menjadi hidangan utama.  Putu mayam bersama kari daging kambing juga menjadi menu untuk "diselesaikan".  

Dan pada kali ini, raja buah Malaysia iaitu durian dihidangkan kepada para jemaah.  Ada tiga jenis durian yang dihidangkan namun saya tidak pasti nama-nama durian berkenaan.  Yang pastinya ada durian yang kecil comel, yang bersaiz sederhana dan durian yang paling besar dari kalangan dua jenis durian tadi.  Ketiga-tiganya mempunyai warna dan rasa yang berlainan.

Related Posts:

  • Petua untuk cari air dalam hutan Adakalanya, individu atau berkumpulan menghadapi suatu situasi semasa megembara di dalam hutan di mana makanan yang dibawa telah kehabisan atau berkurangan. Adalah sangat penting di dalam keadaan sebegini apakah makanan … Read More
  • Video jerung menggigit kabel dasar laut Google Semasa satu operasi kajian pada kenderaan kawalan jauh di bawah air (perairan antarabangsa), ikan jerung kelihatan cuba untuk menggigit kabel dasar laut milik Google. Video yang dimuat naik ke internet pada tarikh 17 Ogos … Read More
  • Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 - PESAKA Melaka Pada 20 Ogos 2014, Pesaka Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan meraikan kejayaan atlit silat Sukma serta Putrajaya. Beberapa guru silat dan wakil perguruan serta p… Read More
  • Pertandingan Instagram Merdeka Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-57, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multmedia Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka ‪#‎im57‬.Pertandingan ini terbuka kepada… Read More
  • Senaman Pinguin : kreatif atau memalukan?     Jika senaman ini dibuat di kawasan tertutup dari pandangan ramai ia tidak mengapa.  Dipercayai ia dihasilkan dan dirakam videonya di negara seberang iaitu Indonesia.Nampak kelakarpun ada juga ni.... … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan