Membeli pakaian pra perayaan

 

Assalamualaikum....

Dah mula buat persiapan raya...? Membeli pakaian mungkin...?.  Gambar-gambar di atas merupakan apa yang saya beli semalam (15 Ogos 2011) sempena pra raya.  Mungkin lagi beberapa hari nak raya saya akan beli lagi tapi lebih kepada baju.  Rasa puas kerana duit yang saya gunakan untuk membeli barang-barang berkenaan adalah hasil dari perniagaan kecil yang saya usahakan.

Dua lokasi belian barangan berkenaan adalah di Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd (milik Haji Umar Yatim) yang beralamat di No.46-50, Jalan BPM 5, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka dan Mydin Wholesale Emporium Melaka beralamat di No.2A-26, Jalan PMS 3, Plaza Melaka Sentral, 75400 Melaka.  Dua lokasi ini amat bersesuaian untuk kita berbelanja pada harga yang menjimatkan  dalam menyediakan persiapan untuk sebarang perayaan.

Saya akui, tempat-tempat harga murah macam ni mungkin tidak disukai oleh sesetengah mereka yang "banyak duit", namun kualiti barangan yang ditawarkan adalah berpatutan dengan harganya. Tagline yang saya gunakan untuk situasi begini ialah "biau murah asal bergaye...".

Jika beli pakaian yang mahal-mahal, akhirnya bila dah koyak atau dimakan serangga, akan dibuang juga atau dibuat alas kaki dan pembalut buah.  Beli yang murahpun masih tetap cantik, selesa dan kualiti yang memuaskan.

Tapi kalau ada kemampuan atau lebih dana untuk membeli, setelah segala perkara yang lebih penting telah diselesaikan, maka bolehlah kalau nak membeli pakaian yang lebih mahal dari biasa, namun berpada-padalah.

Related Posts:

  • InspirasiHana : Butik Tudung Online terbesar di Malaysia Menutup aurat adalah menjadi kewajiban bagi setiap umat Islam.  Lelaki dan perempuan masing-masing ada bahagian tertentu untuk dilindungi dari pandangan orang lain yang bukan mahramnya. Fokus artikel kali ini ada… Read More
  • Segmen Satu Gambar Bercerita : KasutAssalamualaikum... Pada kali ini saya memperkenalkan segmen khas untuk berkongsi cerita disebalik gambar terpilih yang dipaparkan dalam blog ini.  Ada masanya hanya dengan gambar sahaja, pelbagai penceritaan boleh diwuj… Read More
  • Membeli pakaian pra perayaan   Assalamualaikum.... Dah mula buat persiapan raya...? Membeli pakaian mungkin...?.  Gambar-gambar di atas merupakan apa yang saya beli semalam (15 Ogos 2011) sempena pra raya.  Mungkin lagi beberapa har… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan