Isu konfrantasi rakyat Indonesia terhadap Malaysia : Apabila rakyat terlalu miskin, ketirisan ekonomi semakin membarah...
By Admin at 1:47:00 am
Isu semasa
Assalamualaikum...
Kemungkinan ada benarnya rakyat di Indonesia diupah untuk berkonfrantasi dengan Malaysia oleh pihak yang mungkin juga berkepentingan politik di sana. Memang ianya menjejaskan keharmonian serumpun di Asia Tenggara ini, namun fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya.., kenapa perkara seperti ini boleh berlaku di zaman ketamadunan manusia semakin maju.
Walaupun dikatakan graf ekonomi di Indonesia semakin baik, namun sebenarnya mereka masih lagi susah dan sukar untuk mencari sesuap nasi. Yang miskin bertambah papa, yang kaya makin menggila membina dan membolot kekayaan untuk diri mereka semata. Namun apabila ada pihak yang menawarkan upah yang agak lumayan pada rakyat yang miskin, mereka tidak berfikir panjang kerana dalam fikiran mereka hanyalah untuk membeli bahan makanan untuk diri sendiri serta keluarga. Ditambah lagi kemungkinan pihak berkepentingan politik di Indonesia mempergunakan semangat nasionalisme rakyat Indonesia untuk memprovokasikan hubungan serumpun Malaysia - Indonesia.
Saya menyarankan pada sahabat-sahabat sekalian agar merenung dengan dalam sambil bermuasabah diri atas perkara yang mendukacitakan ini. Sesuatu yang berlaku itu, janganlah terlalu cepat kita membuat kesimpulan dan hukuman, tetapi fikirkanlah sebab-sebab ianya terjadi. Adakah semua rakyat Malaysia betul-betul sayangkan Malaysia sedangkan kapal dagang dari negara Yahudi Zionis boleh memasuki perairan Malaysia dan berlabuh di dermaga negara kita?. Bagaimana pula dengan APCO? Undang-undang negara kita digunakan sepenuhnya dari ajaran Islam..? Adakah dengan mengibarkan bendera Malaysia sudah menandakan semangat kebangsaan yang tulin rakyat negara ini?
Related Posts:
Pemburuan polis Malaysia terhadap peserta acara bogel Seorang wanita telah ditangkap dan lebih daripada sedozen yang dicari oleh Pihak berkuasa Malaysia selepas imej festival sukan perkumpulan hidup telanjang mencetuskan kemarahan di negara majoriti Islam, kata polis Juma… Read More
Keadilan kecam surat palsu Berikut adalah kenyataan balas dari Fahmi Fadzil iaitu Pengarah Komunikasi Parti KEADILAN Rakyat mengenai edaran surat palsu yang menggunakan nama serta tandatangan Dato' Saifuddin Nasution Ismail, selaku Setiausah… Read More
Boikot barangan tokey Cina DAP?. Kalau Cina MCA & Gerakan pula? Saya bukanlah penyokong parti politik yang sangat tegar. Mana-mana perkara yang saya fikir ianya betul, selagi ia selari dengan kehendak syariah Islam, maka saya akan menyokongnya. Janganlah kita jadi hipokrit dan menyok… Read More
McDonald’s Takut Dengan Perniagaan Burger Di Malaysia Pada tahun 1995, satu artikel mengenai McDonald’s telah ditulis oleh Ray Crocs iaitu pemilik rangkaian perniagaan McDonald’s pada waktu itu. Dalam artikel berkenaan Ray Crocs menyatakan bahawa walaupun McDonald’s tela… Read More
Perbezaan perang Palestin - Israel tahun 1967 dan 2014 Perang antara negara haram Israel (Zionis) dan Palestin telah berterusan berabad lamanya dan dilihat seperti hanya menunggu munculnya Imam Mahadi dan Nabi Isa A.S untuk menghapuskan kaum Yahudi berfahaman Zionis ini atas… Read More