Stuxnet merupakan ancaman yang menggunakan "sijil digital" yang sah dari pihak pengeluar perisian dan mengambil kesempatan dari "bug" (ralat perisian) yang tidak diketahui dalam Windows.
Apa yang saya difahamkan, "domain" yang melancarkan virus (worm) ini dikatakan dihoskan melalui "server" yang berada di Malaysia. Worm yang juga dikenali sebagai "W32.Stuxnet", mengambil alamat IP, nama komputer, dan nama workgroup atau domain dari komputer yang dijangkiti.
Komputer yang dijangkiti merangkumi pelbagai organisasi dan virus W32.Stuxnet mensasarkan komputer yang menggunakan perisian dan sistem SCADA.
SCADA adalah singkatan bagi Supervisory Control And Data Acquisition kawalan pengawasan dan pengambilalihan data. Hal ini biasanya merujuk pada sistem kawalan industri: sistem komputer yang memantau dan mengendalikan industri, infrastruktur, atau proses berasaskan kemudahan seperti berikut :
1. Proses Industri termasuk yang perkilangan, pengeluaran, loji kuasa dan fabrikasi, serta boleh berjalan secara berterusan atau mod diskrit.
2. Proses Infrastruktur awam atau swasta, dan termasuk pemprosesan air dan pengagihan, koleksi dan rawatan air sisa, minyak dan paip gas, penghantaran dan pengedaran tenaga elektrik, "Wind Farms", sistem siren pertahanan awam, dan sistem komunikasi besar.
3. Memberi kesan pada kemudahan awam dan yang swasta, termasuk bangunan, lapangan terbang, kapal, dan stesen angkasa. sistem ini memantau dan mengendalikan HVAC, akses dan pengambilan tenaga.
Setakat ini, worm tersebut hanya mengjangkiti komputer di negara yang bermula dengan huruf "i" seperti India, Indonesia dan Iran. Tetapi kemungkinan juga ianya akan berevolusi dan menyerang sistem komputer di Malaysia.
Untuk pengetahuan para pembaca, saya sudah sedaya upaya untuk menterjemahkannya mengikut pemahaman saya terhadap maklumat yang asalnya dari bahasa inggeris. Jika ada silap pada mana-mana bahagian harap dimaafkanlah ye..
Stuxnet, virus yang terkini dan terhangat
By Admin at 1:00:00 am
serangan jangkitan virus komputer
Related Posts:
Stuxnet, virus yang terkini dan terhangatStuxnet merupakan ancaman yang menggunakan "sijil digital" yang sah dari pihak pengeluar perisian dan mengambil kesempatan dari "bug" (ralat perisian) yang tidak diketahui dalam Windows. Apa yang saya difahamka… Read More
Web "Geng Blogger" dieksploitasi jadi tapak penyebaran Trojan?Assalamualaikum... Mungkin ada yang dah sedar, apa bila nak masuk ke laman web Geng Blogger, akan dipaparkan seperti di bawah : Mengikut dari keterangan yang terdapat pada paparan berkenaan, web Geng Blogger mengandungi pa… Read More