Laman web Gengblogger masih bermasalah?

Salam sejahtera,

Saya memeriksa di enjin carian Google berkenaan dengan laman web Gengblogger dan ini yang saya dapat :



Cuba perhatikan pada gambar di atas pada bahagian yang saya tandakan dengan garis hitam. Ini menunjukkan bahawa laman web Gengblogger masih lagi menghadapi masalah malware. Ada pihak yang menyarankan bahawa semua laman web atau blog perlu membuang sebarang bentuk pautan dari laman web / blog mereka ke laman web Gengblogger kerana dikuatiri masalah tersebut akan memberi kesan negatif pada proses "index" dari Google, Yahoo ataupun mana-mana enjin carian yang lain.

Ini boleh menjejaskan aliran trafik ke laman web / blog masing-masing. Saya menyarankan pada rakan-rakan sekalian pada yang belum berbuat demikian agar segera membuang pautan (link) pada laman web Gengblogger.

Yang menjadi persoalannya, masalah ini berlaku selepas berita komuniti Gengblogger yang membuat perjumpaan ahli disiarkan dalam surat khabar Kosmo.  Adakah masalah berlaku kerana hasad dengki pihak tertentu sama ada dari luar atau dalaman komuniti Gengblogger? Sampai bila masalah ini akan berakhir? Apakah tindakkan yang diambil oleh "admin" Gengblogger?  Setakat ini mereka hanya senyap sahaja, tiada sebarang maklumbalas yang dikeluarkan oleh "kepala" Gengblogger pada ahli komuniti ini...

Related Posts:

  • Mengapa Perlu Akaun Paypal? PayPal Inc. adalah syarikat dalam rangkaian yang menyediakan perkhidmatan pemindahan wang melalui elektronik, menggantikan kaedah lama yang masih menggunakan kertas, seperti cek dan wang pos. PayPal juga menyediakan perk… Read More
  • Perbezaan antara topi hitam dan putih SEO Kopi hitam kopi putih...? bukan, sebenarnya topi hitam dan topi putih SEO yang merujuk kepada penggunaan taktik yang berkaitan dengan internet dan laman web atau blog. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan SEO? Apa pula mak… Read More
  • Daftar 8Share Percuma : Jana Wang Guna Internet   Kini telah banyak program menjana duit / wang secara online dianjurkan pelbagai pihak.  Salah satunya yang popular kini ialah 8Share.  8Share adalah kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial … Read More
  • Memasang WeChat dan WhatsApp pada PC Muat turun WeChat atau WhatsApp untuk PC tidak mustahil dengan adanya emulator terkenal untuk Android. Pada artikel ini pembaca akan diberitahu bagaimana untuk memuat turun WeChat dan WhatsApp untuk digunakan pada komput… Read More
  • Pengalaman membeli secara online di Nile Store Pada 20 Januari 2015, saya telah membuat tempahan dan pembelian pakaian di laman web "nile.com.my". Saya berminat dengan corak dan warna Zipper Korean Men Jacket, seperti gambar di bawah : Baju saja yang dibeli U… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan