Belia Benci Pencuri

 

Assalamualaikum...

Antara para pembaca mesti ada yang pernah mengalami kehilangan selipar atau kasut ketika singgah bersolat di masjid ataupun surau, sama ada solat Jumaat, solat fardu ataupun solat hari raya.  Saya sendiri pernah alami masalah kehilangan kasut yang baru di beli.  Berlaku lebih 10 tahun lalu.  Tak sampai 24 jam dari tarikh pembelian, dah hilang.  Kaki ini masih belum puas "menikmati" kasut berkenaan.  Beli di karnival jualan di Bukit Jalil, hilang di Muar.  Hilang semasa saya singgah bersolat Jumaat di masjid Bandar Maharani,  Muar ketika dalam perjalanan balik beraya di Kampung Tengah.  Dan selepas solat Jumaat tersebut, buat pertama kali dalam sejarah, saya "menapak" di bandar dengan "berkaki ayam", menuju ke kedai kasut @ selipar.  Glamour seketika... tetapi orang di Bandar Maharani tu faham situasi saya...

Namun ada penyelesaian tertentu yang boleh diambil bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.  Antara cara yang boleh diguna ialah dengan :
  • meletakkan kedua-dua belah kasut atau selipar anda di tempat yang berasingan dengan harapan si pencuri kasut berputus asa untuk mencari yang sebelah lagi.
  • menyorokkan kedua-dua belah di bawah kereta yang di parking berhampiran dengan tangga masuk ke masjid.
  • kaki anda langsung tidak menyarung apa-apa. (apa2 hal boleh cuci kaki di tandas..)
Tetapi ada satu kaedah yang mungkin tidak ramai yang terfikir mengenainya.  Caranya adalah seperti dalam gambar di bawah :



 

Atau anda ada cara lain...? Sila nyatakan di sini....

Related Posts:

  • Merdeka tapi makin lesu Saban tahun negara kita menyambut ulang tarikh kemerdekaan. Tahun ini sudah masuk tahun ke 56 Malaysia mencapai kemerdekaan.  Iya, kita harus bersyukur atas perolehan kemerdekaan ini. Ada jalan raya, lampu jalan, da… Read More
  • Tanda-Tanda emak anda seorang PEMBOHONG Adakah ibu sebegini? Sanggup membohongi anak untuk melakukan sesuatu. Tidak dinafikan bukan semua perempuan boleh jadi ibu yang baik, malah ada ketikanya lelaki mampu menjalankan tugas seperti seorang ibu dengan lebih b… Read More
  • Kisah pengorbanan ibu disebalik kejayaan anaknya Di sini saya kongsikan suatu kisah diambil dari sumber yang dikongsikan melalui "MukaBuku", yang saya kira kalau ia bukan kisah sebenar atau hanya rekaanpun, ia mengandungi pengajaran yang harus kita selalu renungkan bagi… Read More
  • 10 perkara yang mungkin isteri suka suami buat Dalam hubungan suami dan isteri, tiap seorang dari mereka perlulah prihatin akan keperluan zahir dan batin pasangan.  Apabila menyebutkan hal ini, tidak semestinya hanya menjurus terutamanya kepada hubungan seks se… Read More
  • Lapan nasihat utama untuk usahawan baru Setelah enam tahun syarikat saya wujud (ICT Niaga Enterprise) sejak 7 Julai 2007, telah banyak jenis-jenis perniagaan yang telah saya perhatikan... Dan pandangan serta nasihat saya untuk mereka yang nak mula berniaga : -… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan