Ulasan peribadi filem "KARAK" - KRU Studios

    


Assalamualaikum...

Semalam (03 Jun 2011), atas pelawaan kawan, saya keluar mengikut mereka pergi menonton filem "KARAK" yang diterbit oleh KRU Studios.  Kami bertiga menonton filem berkenaan yang bermula pada sesi pukul 9.40 malam di Golden Screen Cinema ( GSC ), Jusco AEON Bandaraya MelakaKami ambil "seat" nombor 7, 8 dan 9.  Saya duduk di kerusi nombor 9.

Bagi saya filem ini tak seram sangat cuma kebanyakkan orang akan terperanjat dengan sistem bunyinya dan ada antara babak yang ditunjukkan ( hampir-hampir ada persamaan ) saya pernah alaminya.  Jadinya saya kuranglah terperanjat cuma mulut ini "mengomel", kenapa la budak ni buat macam ni, cakap macam tu...  Malah keadaan kenderaan tanpa pemandu pernah dilihat oleh makcik saya, yang ketika itu bersama-sama suaminya serta ibu bapa saya dalam perjalanan yang entah mana destinasinya..lupa dah lebih kurang 15 tahun dulu agaknya...

Babak yang paling saya rasa bernilai dalam filem ini ialah ketika "Tok Malam" menegur Zura tentang hanya tahu dan hafal saja bacaan surah Yassin, tapi maknanya tidak tahu dan kurang diamalkan.  Memang benar, sebilangan orang Islam kini hanya pandai membaca tapi tidak tahu maksudnya apatah lagi mengamalkan segala isi kandung AlQuran dalam kehidupan, contohnya negara kita ini. Hanya gah dengan muzaqarah Al Quran saban tahun tapi undang-undang pemerintahan ikut undang-undang mana...?  Agama digunakan untuk meraih undi orang Melayu / Islam dalam pilihanraya sama ada yang kecil atau besar.

Related Posts:

  • Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 4 Ini adalah artikel bersiri, sambungan dari artikel yang bertajuk "Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 3".  Pada artikel kali ini saya memaparkan lirik dan lagu yang bertajuk "Pedih - Awie", "Pasti - Mega" dan "Surata… Read More
  • Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 2 Ini adalah artikel bersiri, sambungan dari artikel yang bertajuk "Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 1".  Kali ini saya mengetengahkan pula lagu yang bertajuk "Air Mata Cinta - CRK", "Cinta dan Air Mata - CRK" dan "… Read More
  • Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 1 Kemuncak kemeriahan lagu-lagu Melayu dikatakan bermula dari tahun1980 hingga akhir 1990. Pelbagai kumpulan dan penyanyi solo wujud membawakan tema lagu yang hampir sama namun masih menarik dan sedap untuk didengar. Se… Read More
  • Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 6 Ini adalah artikel bersiri, sambungan dari artikel yang diterbitkan oleh saya, bertajuk "Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 5".  Pada artikel kali ini saya memaparkan lirik dan lagu yang bertajuk "Mimpi Kita - Dedd… Read More
  • Awek cun nyanyi lagu Anggapan Mu Ramai juga yang berbakat dalam seni suara.Cuma ada di kalangan mereka ini tidak berminat untuk menyertai pertandingan nyanyian secara serius seperti di sesi ujibakat pertandingan nyanyian Mentor atau Akademi Fantasia. K… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan