Akuaponik - usaha penyelesaian kurang tanah tani

Contoh sistem mini akuaponik
Akuaponik adalah gabungan sistem akuarium dan sistem hidroponik. Ianya adalah satu sistem simbiosis kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantungan diantara satu sama lain bagi menghasilkan produk agro yang segar dan berkualiti tinggi.

Dalam kondisi semulajadi, sisa perkumuhan hidupan akuatik yang diternak di dalam tangki/akuarium akan menyebabkan air menjadi bertoksik kepada hidupan akuatik tersebut, tetapi kandungan toksik ini sebaliknya pula akan bertukar menjadi suatu sumbangan nutrisi yang tinggi zat dan khasiatnya bagi tumbuhan yang ditanam secara hidroponik.

Sistem Akuaponik ini akan menyalurkan air dari tangki hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan dan ianya akan menyerap dan mendapatkan sepenuhnya zat nutrien yang dihasilkan daripada perkumuhan hidupan akuatik tadi. Selepas itu, secara semulajadi tanaman itu akan membekalkan semula air yang bersih dan bebas toksik bagi hidupan akuatik tersebut.

Hidupan akuatik yang tinggal dalam air tawar amat sesuai untuk diaplikasikan kepada sistem Akuaponik ini kerana kebanyakan tanaman memerlukan air tawar untuk hidup. Hidupan air masin boleh juga digunakan, tetapi tanaman yang akan digunakan juga perlulah sesuai dengan air masin itu tadi.

Sistem ini akan memastikan kitaran semulajadi ini akan berterusan tanpa henti. Air hanya perlu ditambah apabila hanya untuk menggantikan kekurangan air yang disebabkan oleh penyerapan oleh tanaman, penyejatan secara semulajadi oleh udara dan juga apabila tangki ikan tadi dibersihkan.


FUNGSI

Akuaponik terdiri daripada dua (2) bahagian utama iaitu :

1. Bahagian Akuakultur : Digunakan untuk menternak hidupan akuatik
2. Bahagian Hidroponik : Digunakan untuk membesarkan tanaman

Peralatan yang terpenting di dalam aplikasi sistem Akuaponik adalah pam air. Tanpa pam air, sistem ini tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya kerana pam air boleh diibaratkan sebagai 'jantung' kepada sistem ini. Pam air inilah yang akan membawa air sisa takungan hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan untuk diserap sebagai sumber nutrien untuk pembesaran tanaman.
 

**Sumber
-Buletin Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka
-Fanpage MJI Trading

Related Posts:

  • Akuaponik - usaha penyelesaian kurang tanah tani Contoh sistem mini akuaponik Akuaponik adalah gabungan sistem akuarium dan sistem hidroponik. Ianya adalah satu sistem simbiosis kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantungan diantara satu sama … Read More
  • Dah cuba Look Back dari Facebook? Anda dah cuba "A Look Back" dari Facebook?. Ia sebenarnya bukanlah fungsi terkini yang terdapat dalam Facebook tetapi merupakan video ringkas yang dibuat oleh Facebook khas untuk pengguna mereka bagi melihat kembali seja… Read More
  • Android : Kalkulator Zakat Pendapatan Kalkulator Zakat Pendapatan 2013 adalah kalkulator untuk membantu Islam Malaysia untuk mengira berapa banyak mereka perlu membayar zakat setiap bulan. Ia akan memberi satu anggaran berapa banyak zakat anda perlu membayar… Read More
  • Jepun Cipta Mesin Seks Maya Sebuah studio di Tokyo, Jepun baru-baru ini melancarkan apa yang boleh dipanggil mesin seks dan. Teknologi terkini dalam mainan melancap dan permainan realiti maya telah digabungkan ke dalam mesin yang dipanggil "V… Read More
  • Handphone YB Pakatan Rakyat digodam Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pada petang 14 Mac 2014, mereka telah menerima maklumat bahawa handphone YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Shamsuliskandar, YB Nik Nazmi telah di… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan