Fenomena Aneh - Pokok Petai Menangis


Pokok Petai Menangis ?. Itu yang menjadi tajuk perbualan orang ramai di Kelantan apabila sebatang pokok petai di Kampung Binjai, Bunut Susu, Pasir Mas didakwa mengeluarkan air mata dan tangisan seakan-akan kanak-kanak menangis.

Lebih mengejutkan fenomena pelik yang dipercayai berlaku sejak malam Jumaat lalu (06/02/2014), hanya terjadi pada sebelah malam iaitu selepas waktu maghrib sehingga awal pagi. Keadaan itu menggemparkan penduduk kampung sehingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari luar daerah untuk melihat sendiri ‘keaijaibannya’. Kejadian aneh itu turut menarik perhatian kru RTM yang turut membuat tinjauan ke kawasan itu untuk mencari kepastian.

Ketika wartawan RTM berada di lokasi sekitar jam 11 hingga 1 pagi mendapati, seakan-akan hujan renyai-renyai turun dari pokok petai terbabit namun tidak pula mendengar tangisan kanak-kanak seperti didakwa.

Menurut penduduk Abdul Razak Manaf, dia mula menyedari keadaan pelik pada malam jumaat lalu selepas terjaga dari tidur kira-kira jam 3 pagi apabila mendengar suara kanak-kanak menangis.

Namun sangkanya, tangisan itu datang dari rumah jiran, bagaimanapun selepas bertanyakan kepada jirannya mereka menafikan.

Menyedari malam berikutnya tangisan itu berulang lagi, beliau mengambil keputusan untuk mengesan arah bunyi tangisan itu.Sementara itu bagi Pengerusi JKKKP kampung Bechah Semak,Shaari Ali beliau berharap anak mukimnya tidak terlalu taksub dengan kejadian tersebut sehingga membawa khurafat.

Wartawan- Maisarah Shapiin.



**Komen :

-Segala yang berlaku merupakan kehendak dan ketentuan Allah SWT.
-Pokok petai berkenaan terlebih air, maka melalui sistem perkumuhan pokok itu, lalu dikeluarkan air laksana sedang menangis.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan