Auta dalam filem arwah P.Ramlee (Tiga Abdul)


Tiga Abdul adalah filem komedi yang diterbitkan dalam tahun 1964 di Malaysia yang diarahkan dan dibintangi oleh ikon "layar perak" Malaysia, arwah P. Ramlee. Antara tunjang utama dalam filem ini ialah arwah Haji Mahadi sebagai Abdul Wahab (anak sulung), arwah S. Kadarisman sebagai Abdul Wahib (anak tengah) dan arwah P. Ramlee sebagai Abdul Wahub (anak bongsu)

Ia menceritakan kisah tiga adik-beradik yang terperangkap dalam tipu muslihat yang dirancangkan oleh licik Sadiq Segaraga (lakonan arwah Ahmad Nisfu) yang menggunakan tiga orang anak perempuan beliau untuk menipu kekayaan tiga saudara berkenaan.

Filem ini merupakan satu penghormatan kepada rakyat secara tradisional dengan unsur pendidikan moral yang diterjemahkan ke dalam filem dan digambarkan suasananya di sebuah negara timur tengah yang bernama Isketambola, yang asalnya berdasarkan Istanbul, Turki.

Pasti selain dari jalan cerita, lagu-lagu yang dinyanyikan di dalam filem berkenaan menjadi perhatian malah menjadi ikutkan pemuzik zaman semasa, sama ada dimainkan dalam bentuk muzik asal mahupun yang digubah semula.

Namun ada sesuatu yang kita semua pasti tidak menyangka ada penipuan dalam salah satu babak di dalam filem Tiga Abdul ini.  Ianya pada babak dalam kedai muzik Abdul Wahub iaitu ketika ada tiga orang pemuda sedang mencuba-cuba peralatan muzik. Saksikan video di bawah :



**Komen :

-Anda yang bijak pandai mesti cepat dapat faham dan sedar apa perbezaan video di atas dengan babak filem yang asal.

-Jika masih tidak faham, maka saya sarankan anda menonton filem Tiga Abdul dan perhatikan apabila tiba babak seperti keratan video di atas.

Related Posts:

  • Lagu Gigit Cuping Telinga - Nabil MLM 2013 Nabil yang memulakan kerjayanya dengan lebih cemerlang dalam pertandingan Raja Lawak dan kini sedang berjuang pula dalam Maharaja Lawak Mega 2013.  Beliau adalah peserta tunggal MLM 2013 yang berseorangan kerana peser… Read More
  • Pengaruh Ultras dalam MLM 2013 Pengaruh gerakan Ultras di Malaysia ini bermula dengan penubuhan Ultras Malaya pada 2007 oleh beberapa penyokong tempatan dan penyokong fanatik. Pada waktu awal kemunculan mereka, gerakkan ini hanya mempunyai 20 penyoko… Read More
  • Antara 'Kosong' Najwa Latif dan Astrid Memiliki irama lagu yang 'simple' dan lirik yang mudah diingati menjadi pilihan peminat muzik hari ini. Dan dalam pada itu, terdapat juga beberapa lagu yang mempunyai tajuk yang sama tetapi dinyanyikan oleh penyanyi yang… Read More
  • Cassidy Anderson : Orang putih suka nyanyi lagu Melayu Cassidy Anderson merupakan penyanyi, model, penyampai, koreografer dan banyak lagi cabang seni yang beliau lakukan. Artis serba boleh kelahiran Australia ini telah mengembangkan bakat sehingga peringkat di seluruh dunia… Read More
  • Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 3 Ini adalah artikel bersiri, sambungan dari artikel yang bertajuk "Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 2".  Pada artikel kali ini saya memaparkan pula lagu yang bertajuk "Usang - Rahim Maarof", "Sungguh Tak Ku Sangka -… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan