Ringkasan cara buat duit melalui blog

http://gedungbuku82.blogspot.com 
Dunia internet dan blog kini semakin kompleks dan berwarna-warni. Internet dan blog bukan sahaja menjadi media untuk mencari dan mendapatkan maklumat tertentu seperti tawaran kerja kosong, berita sukan atau resepi masakan. Kini ia menjadi landasan bagi sesetengah dari kita sebagai "alat menjana wang" yang ampuh dengan strategi-strategi tertentu. Jika dilakukan dengan cara yang betul, insya Allah.., rezeki datang berlipat kali ganda melaluinya.

Paling penting dalam dunia blogging dan cari duit online, pastikan isi kandungan blog kita mempunyai kualiti yang baik seperti mempunyai maklumat penting dan bermanfaat untuk pembaca, mempunyai perkara positif dalam tiap artikel yang ditaip dan cuba untuk menerbitkan bahan bacaan yang ramai orang nak tahu. 

Apabila aliran trafik ke blog dah stabil serta melebihi 100 klik unik sehari, barulah sesuai masanya untuk kita memilih program pengiklanan blog / website yang dirasakan berbaloi untuk blog kita. Tetapi ini hanyalah cadangan. Jika blog anda baru satu jam "dilahirkan", anda masih boleh meletakkan kod-kod iklan di dalam blog berkenaan. Tiada halangan.  

Konsep yang penting untuk berblogging sambil berduit ialah lagi banyak aliran trafik menuju ke blog kita, adalah lebih baik kerana itulah sumber duit iaitu "trafik yang banyak".

Dalam artikel ini saya memaparkan cara-cara untuk membuat atau mendapatkan duit secara online. Mungkin anda yang sedang membaca kini sudah mengetahuinya tetapi saya yakin masih lagi ada yang belum mengetahuinya.

Cara buat duit melalui blog a.k.a online :

1. Jual barang.
 - Sama ada barang fizikal seperti pakaian, kasut atau jam tangan ataupun bentuk digital seperti ebook dan kod aturcara komputer serta laman web.

2. Jual perkhidmatan.
 - Membawa maksud anda mempromosikan dan memasarkan perkhidmatan yang datangnya dari anda sendiri seperti khidmat menjahit pakaian, membuat kraftangan dan menerima tempahan makanan serta minuman.

3. Menjual ruang dalam blog untuk tujuan pengiklanan
- Biasanya cara ini sangat berhasil pada blog yang mempunyai kadar trafik yang tinggi setiap hari  bagi menarik para pengiklan membeli ruang iklan di blog anda.

4. Menyertai program affiliate kaedah 1
- Dengan kata lain menjadi ejen berdaftar dengan mana-mana syarikat penganjur. Tugas peserta program affiliate ialah mengiklankan barangan atau perkhidmatan pihak lain dengan menggunakan bahan iklan yang telah disediakan bagi tujuan promosi. Pastikan anda mendaftar dengan penganjur program yang sah bagi mengelakan sebarang penipuan berlaku. Ada pendaftaran jenis percuma dan berbayar.

5. Menyertai program affiliate kaedah 2.
- Anda boleh mendaftar melalui "orang tengah" yang berperanan sebagai sistem affiliate berpusat. Ia menjadi hub kepada pengumpulan syarikat-syarikat yang menawarkan program affiliate. Program affiliate melalui orang tengah ini biasanya telah ditapis bagi memastikan keselamatan dan hak peserta terjamin. Ada pendaftaran secara percuma dan ada juga yang berbayar.

Antara yang percuma dan boleh sertai ialah :
-Ashadee (untuk penyertaan klik: DI SINI)
*anda disarankan untuk menyertai webinar (seminar melalui internet) terlebih dahulu bagi membentuk pemahaman yang baik.

-Klikjer (untuk penyertaan klik: DI SINI)

6. Menyertai program pengiklanan.
- Ianya hampir sama konsepnya dengan program affiliate. Anda akan dibekalkan dengan kod atau link promosi untuk anda letakkan di laman web sosial ataupun di blog dan laman web milik anda. 

Antara program yang boleh anda sertai secara percuma ialah :
-Nuffnang (klik DI SINI)
-ChurpChurp (klik DI SINI)
-8share (klik DI SINI)


*Komen :
 -ada pelbagai kaedah untuk anda mencari rezeki melalui internet dan blog.
-ia bergantung kepada kreativiti anda untuk mempromosikannya secara berhemah.
-melakukan promosi secara spam atau penipuan adalah sesuatu yang tidak bermoral bagi komuniti di internet.

Related Posts:

  • Segmen BLOGLIST RAMADHAN SYAWAL by Wada Harun Tidak lama lagi akan tiba bulan Ramadhan dan seterusnya Syawal. Pada hari ini, semasa saya "blogwalking" yang entah mana arah tuju, terjumpalah blog ada seorang adik ni. Nama panggilannya Wada.  Beliau ada membua… Read More
  • Program PPC IklanSticky : mudah dan sempoi jana duit Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang anda sertai? KINI, komisyen anda dibayar hanya memerlukan KLIK sahaja! Di IklanSticky.com, kami sedia membayar komisyen tanpa pelawat membuat pem… Read More
  • Mengapa Perlu Akaun Paypal? PayPal Inc. adalah syarikat dalam rangkaian yang menyediakan perkhidmatan pemindahan wang melalui elektronik, menggantikan kaedah lama yang masih menggunakan kertas, seperti cek dan wang pos. PayPal juga menyediakan perk… Read More
  • Berbaloikah fungsi "Like sekarang untuk membaca" Ledakkan blog dan program pengiklanan di internet semakin deras melanda pengguna internet di Malaysia. Saban waktu, ada saja iklan yang disiarkan dalam pelbagai bentuk dan cara yang menarik serta kreatif. Melalui syarikat… Read More
  • Ringkasan cara buat duit melalui blog   Dunia internet dan blog kini semakin kompleks dan berwarna-warni. Internet dan blog bukan sahaja menjadi media untuk mencari dan mendapatkan maklumat tertentu seperti tawaran kerja kosong, berita sukan atau resepi ma… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan