Ciri-ciri orang yang mendapat rahmat Allah SWT


Rahmat yang Allah sebut di dalam al-Quran itu sebenarnya ialah untuk kita nikmati sebagai tanda kasih-sayangNya kepada kita. Berikut ini beberapa panduan bagaimana kita boleh memperolehi rahmat yang Allah sediakan itu. Semua ini tercatat di dalam al-Quran atau hadis Rasulullah s.a.w. sebagai panduan agar kita tidak tersesat.

Rahmat itu  diberi kepada orang taat sahaja. Bagi yang engkar seperti murtad, menduakan Allah (syirik), menentang hukum Allah, mereka tidak akan mendapat rahmat. Orang yang mematuhi perintah Allah adalah orang yang dapat mengambil pelajaran dan berakal sempurna.

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.” (A-li Imraan: 132)
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Az-Zumar 39:9)

Dengan taat, bermakna kita telah berserah kepada Allah SWT dan kita mensyukuri anugerah Allah tanpa menyekutukanNya. Berikut adalah ciri-ciri seseorang itu mendapat rahmat dari Allah SWT :

1. Beriman
Iman yang dimaksud adalah iman yang benar iaitu benar dalam pemahaman dan benar dalam aplikasinya. Ramai orang yang faham tentang keimanan tetapi tidak mahu mengamalkannya, lalu mengakibatkan keimanannya tidak sempurna kerana imannya hanya ada pada pemahaman dan pengetahuan semata.-mata  Sesungguhnya iman sangat erat hubungannya dengan amal soleh, iaitu ia wujud dan diamalkan kebenaran daripada keimanan seseorang.

2. Berjihad
Maksudnya adalah ada semangat untuk terlibat aktif dalam menyebarkan kebaikan kepada masyarakat, dan penglibatan dalam menyebarkan kebaikan itu menambahkan semangat dan mental keberanian laksana seorang pejuang di medan perang.

3. Berhijrah
Ciri ini adalah berkisarkan pada perlaksanaan. Orang yang akan mendapatkan rahmat Allah akan memiliki semangat dan keghairahan untuk meninggalkan segala kemungkaran serta kemaksiatan yang telah berlaku, apatahlagi jika ianya telah menjadi kebiasaan dalam kehidupnya maka diperkukuhkan semangat untuk memindahkan dirinya dari ruang kemaksiatan dan kemungkaran ke ruang kebaikan dan kemanfaatan, yang mana ianya menjadi kebaikan untuk dirinya sendiri ataupun untuk orang lain.

Sebagaimana Rasulullah SAW beserta para sahabat yang berhijrah dari Mekkah ke Madina yang harus mengorbankan segala yang mereka punya untuk mendapatkan ketenangan dalam beribadah kepada Allah. Maka seseorang akan mendapatkan rahmat Allah jika dia mau mengorbankan segala apa yang dimiliki untuk memindahkan dirinya dari sempadan kejahilan dan kemungkaran ke dalam wilayah kebaikan dan lebih berfaedah.

Related Posts:

  • Fatwa (hukum) mengenai derma darah   Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Buk… Read More
  • 6 cara mendapat pahala dari Facebook Facebook kini telah menjadi satu laman web sosial yang dianggap "gergasi" di internet, sehinggakan agak aneh jika ada antara kita pada hari ini tidak mempunyai akaun di Facebook.   Laman web ini digunakan untuk pe… Read More
  • Cara Solat Sunat Dhua   Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan… Read More
  • Budaya bersedekah di luar negara Malaysia Sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada pemahaman biasa masyarakat kita yang kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu berseifat kebendaan. Sebenarnya sedekah merangkumi sesuatu yang bersifat material dan non-mater… Read More
  • Empat Konsep rezeki dalam Islam Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : "Wahai manusia, luangkanlah waktumu untukberibadah kepada-Ku, niscaya Aku akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan menutup (menyingkirkan) kefakiranmu. Jika engka… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan