Resipi Ayam Masak Merah




Bahan-bahan (untuk makan 5 orang)

1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang)
Garam dan kunyit
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Cara-cara penyediaan :

  • Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
  • Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
  • Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
  • Siap untuk dihidangkan.
  • Jika mahu kurangkan pedas, gunakan hanya sedikit cili kering dan boleh tambah 3 helai daun limau purut untuk aroma yang mengasyikkan.


Related Posts:

  • Resipi Apam Beras Bahan-bahan : -3 cawan tepung beras (360g) -1 cawan tepung gandum (120g) -2 cawan gula pasir (400g) -1 paket mauripan (11g) -2 cawan nasi -3 cawan air (700ml) -pewarna yang digemari -kelapa parut secukupnya d… Read More
  • Resipi Donat Gebu Bahan bahannya  ●  500gm tepung gandum ●  210ml air suam●  2 sudu marjerin●  1 sudu teh garam●  3 susu tepung (akak tukar 3 sudu susu pekat manis)●  3 sudu besar gula (akak guna 1 1/2 su… Read More
  • Resipi Popia Goreng Nestum + Cheese Powder Untuk Penyediaan Popia : 10 keping kulit popia Bancuhan 1/2 sudu kecil tepung + air (utk lekatkan kult masa gulung) 1 1/2 cawan minyak (untuk goreng) Cara Pertama : gulung popia dan lekatkan dgn bancuhan tepung dan gunti… Read More
  • Resipi Ayam Masak Merah Bahan-bahan (untuk makan 5 orang) 1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang) Garam dan kunyit 1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat) 10 ulas bawang merah (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 1 inci halia (dikisa… Read More
  • Resipi Cheezy Wedges Seperti sedia maklum, pencetus makanan segera "potato wedges" serta "cheezy wedges" ni adalah dari restoran yang terkenal, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia iaitu "Kentucky Fried Chicken"  (KFC). … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan