Bola Sepak Liga FAM : Melaka FA - PB Melayu Kedah (9 Jun 2013)
By Admin at 6:52:00 pm
bola sepak
Sudah lama pasukan bola sepak Melaka tidak "mencetak" kejayaan di atas pentas liga bola sepak negara kita ini. Saban tahun prestasi merudum dan suram. Pelbagai usaha yang dibuat dilihat kurang meyakinkan dan tidak berjaya untuk menarik semula "anak Melaka" untuk kembali bermain semula di dalam pasukan ini.
Pelbagai spekulasi yang muncul dalam persatuan yang menguruskan pembangunan bola sepak negeri Melaka menyebabkan sebahagian besar peminat "menjauhkan" diri dari mengambil tahu perkembangan bol sepak Melaka. Apatah lagi sebelum ini ada kemungkinan individu yang dilantik untuk menjadi peneraju bola sepak negeri Melaka bukan "kaki bola".
Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, masih ada saki baki peminat dan penyokong bola sepak negeri Melaka setia mengikuti dan memberi galakkan serta sokongan setiap kali ada perlawanan melibatkan Melaka, walaupun prestasi ibarat yoyo.
Kelompok penyekong ini sanggup "menyewa" bas untuk memberi sokongan sekiranya pasukan bola sepak Melaka menghadapi perlawanan di luar negeri Melaka. Mereka ini masih lagi berdoa dan mengharapkan agar tahun 2013 menjadi tahun kebangkitan bola sepak Melaka sekaligus mensasarkan agar Pasukan Bola Sepak Negeri Melaka dapat menjayakan misi ke Liga Perdana 2014.
Ayuh anak-anak Melaka, datanglah ke Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) pada hari Ahad ini iaitu pada tarikh 9 Jun 2013, bermula jam 4.45 petang. Masuk adalah percuma.
Kemaskini : Melaka 3 - 2 PB Melayu Kedah
Related Posts:
Perlawanan Bola Sepak AFC Cup : Ninh Binh - Kelantan 2 April 2014 Kumpulan G Ninh Binh (Vietnam) - Kelantan (Malaysia) 2 April 2014 8.45 malam - KEPUTUSAN AKHIR - Ninh Binh 4 - 0 Kelantan Klik pautan di bawah untuk membeli jersi : BolaStore.com - Jersi Bolasepak Mal… Read More
Keputusan Liga Super Malaysia : 5 April 2014 Berikut merupakan keputusan perlawanan bola sepak Liga super Malaysia, 5 April 2014 yang melibatkan empat perlawanan iaitu antara pasukan Sime Darby bertemu Lion XII, Kelantan menentang ATM, Perak melayan kunjung… Read More
Keputusan Liga Super Malaysia : 4 April 2014 Berikut merupakan keputusan perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia, 4 April 2014 yang melibatkan 2 perlawanan sahaja iaitu antara pasukan PKNS FC bertemu Johor DT dan Sarawak menentang Terengganu. KEPUTUSAN AKHIR … Read More
Keputusan AFC Cup : Kelantan - Ninh Binh (18.03.2014) Kumpulan G 18 Mac 2014 6.00 petang - KEPUTUSAN PENUH - tamat Kelantan (Malaysia) 2 - 3 Vissai Ninh Binh (Vietnam) … Read More
Ultras Taming Sari Bersalawat Pada 30 Mac 2014, semasa perlawanan Liga FAM antara Melaka United dengan Persatuan Bolasepak Melayu Kedah di Stadium Hang Jebat, Ultras Taming Sari iaitu pergerakkan Ultras dari Melaka telah membuat kelainan dalam cara m… Read More